Friday, December 27, 2013

Racun 6: “Hakikat Sebuah Kehidupan” – Part 2

Bila sebut je Kerja dekat Aussie, mesti semua terbayang sebuah kehidupan Sosial ala-ala Mat Saleh... 

Bangun pagi breakfast – Scrambelled Eggs, Red Bean, Sweet Corn, Green Bean, Pancake atau sekurang-kurangnya Tuna Sandwich... Lunch – Burger, Pizza... Dinner – Steak. Hujung minggu, pakai baju sejuk tebal-tebal – pusing Bandar cuci mata tengok Minah-Minah Saleh, window shoping... THIS IS AMAREKA...!!! (OZ la tu...)

Hakikatnya tak sama dengan yang korang bayangkan...

Kehidupan hebat ala-ala “Western Union” tu memang ada dekat sini, tapi bukan dekat semua tempat... Kalau kerja dekat Bandar, yes – tu lah kehidupan korang...

Nak kerja dekat Bandar, korang nak kena ada “Working Visa” atau sekurang-kurangnya “Student Visa”. Nak apply “Working Visa” makan masa paling kurang 6 bulan... Ada yang cecah sampai bertahun, tengok pada kelayakan, kebolehan & jugak rezeki... Kalau kena dengan kelayakan, kebolehan & jugak rezeki, akan ada mana-mana Syarikat yang minat nak pakai pekerja selesaikan semua tu.

“Student Visa”..? Daftar belajar dekat mana-mana Pusat Pengajian dekat Aussie... Registration nak kena standby paling kurang AUD3,000.00.

Once lu dah dapat “Working Visa” atau “Student Visa”, korang dah boleh cari kerja dekat mana-mana tempat yang korang minat. Jangan lupa, kena bayar 35% tax pada Australian Government. Tapi bagi gua, dengan tangga gaji yang korang dapat, 35% Government Tax kecik je dengan apa yang korang dapat. Dekat sini bukan semua benda korang boleh dapat Free Of Charge. Banyak nak kena bayar, tapi – It’s Wordth It.

Mula-mula gua sampai Aussie, gua sempat buat survey dalam Bandar Melbourne, gua jumpa lebih kurang 15 orang dari Malaysia yang kerja dekat kedai-kedai dalam Bandar Melbourne & majority mereka dibayar sebanyak AUD13 sejam... Kerja 8 jam sehari... Kos makan dekat Bandar Melbourne paling tinggi AUD50 kalau makan tahap Mangsa Kebuluran, jadi separuh gaji pun tak habis untuk makan, minum dan lain-lain.

Bukan nak kutuk, tapi kenyataan – Dekat Malaysia, majority yang kerja dapat lebih kurang RM20 – RM50 sehari... 3 kali makan dekat kedai, transport, tol, parking blab la bla... Balance..? Kadang-kadang tak padan dengan gaji. Kerja dekat Malaysia jarang dapat simpan duit, boleh jugak kalau gua cakap, majority yang bekerja dekat Malaysia “terpaksa” bekerja sebab nak hidup, kerja dalam keadaan tertekan, dapat gaji, kira hutang... Nak simpan..? In Shaa Allah...

Tu untuk yang kerja secara Legal... kalau kerja dengan cara Illegal, tak de visa..? – Gua rasa PATI dekat Malaysia lebih beruntung dalam hal ni.

Kita boleh tengok PATI dekat Malaysia kadang-kadang kehidupan mereka lebih baik dari Warganegara Malaysia sendiri. Duduk rumah kongsi, percuma, ada yang bukak tanah haram kemudian buat penempatan sendiri, Imigresen, Polis atau mana-mana Penguatkuasa datang – Bagi sampul surat, selesai.

Hujung minggu boleh meronda segenap ceruk Negara Malaysia, naik Komuter penuh dengan PATI, Pasar Malam penuh dengan PATI meniaga, Uptown – Downtown pun geng-geng PATI boleh cari makan tanpa risau pada Penguatkuasa. Boleh cakap, majority PATI yang ada dekat Malaysia “cuci tangan” lepas dapat gaji, atau meniaga. Penguatkuasa hanya muncul “beberapa ketika sahaja”, selain dari tu – Hayun apa yang patut dalam Pejabat.


Penjara Terbuka

Dalam kembara gua, gua pernah stay dekat 1 penempatan pekerja Ladang dari Malaysia... Kehidupan dekat sana gua anggap “unexpected”. 24 jam kehidupan Cuma dalam kawasan Cabin sahaja. Nak keluar mana-mana susah sebab tak de transport & penempatan jauh dari Bandar. Kalau keluar pun berhadapan dengan risiko kena tangkap Polis atau Imigresen.

Ada kawasan yang Penguatkuasaan berjalan 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun sampai Majikan dekat kawasan tu keluarkan arahan berkurung seawal jam 9:00 malam – Semua barangan tak boleh ada dekat luar cabin atau caravan, lampu & semua Air-cond WAJIB ditutup (Cabin atau Caravan mesti dilihat seperti “kosong/tak de penghuni)  sebab takut diserbu Imigresen.

Tiap-tiap minggu paling kurang 5 orang kena tangkap & terus dihantar balik ke Negara asal. Kebanyakannya, ditahan dalam Van masa dalam perjalanan ke Bandar untuk beli barang-barang keperluan.

Kalau hari bekerja kira ok la jugak duduk dalam keadaan macam tu, tapi ada masa-masanya tak de kerja sampai 2-3 minggu... Korang bayangkan 2-3 minggu “terkunci” dalam kawasan Cabin. Masa gua dekat penempatan tu, sorang Pakcik pernah tanya gua – “Engkau tak rasa duduk sini macam duduk dalam Penjara ke..? 3-4 hari lepas Pakcik tu bagi gua soalan tu, Pakcik tu balik Malaysia lepas 3 minggu berada di Aussie sebab tak tahan dengan cara hidup ala-ala “Penjara” dekat sini.

Tu 2 perbezaan Kehidupan Sosial dekat sini... Kalau ada “Working Visa” atau “Student Visa”, memang korang akan rasa kehidupan ala-ala Barat, tapi kalau korang tak de salah 1 antara 2 visa tu, korang akan rasa kehidupan ala-ala “MELARAT”...

Kalau korang betul-betul paham apa gua tulis dekat atas, korang akan Nampak dalam kehidupan kerja secara “Illegal”, ada 2 level... Bukan semua kehidupan mereka macam dalam Penjara. Ada ramai lagi yang menikmati kehidupan yang sama & kadang-kadang lebih bahagia dari yang ada 2 visa tu.

Yang tu nanti gua cerita dalam entri gua yang akan datang.

Kehidupan Sosial

Kehidupan Sosial dekat sini memang Sosial Gila. Kalau nak berjudi atau mabuk-mabuk, boleh call mana-mana Club, transport akan datang ambik korang dimana sahaja korang berada & habis berjudi, menang atau kalah, ada transport akan hantar korang balik di mana saja korang nak & it’s “FREE OF CHARGE”.

Kaki Ganja... Ganja dekat sini dibenarkan, boleh simpan stok untuk kegunaan sendiri... Setiap rumah dibenarkan tanam 1 Pokok Ganja SAHAJA dalam 1-1 masa. Boleh cakap, kebanyakan Mat Saleh ada simpan Ganja dalam Poket atau Kotak Rokok.


Sebelum makan, kebanyakan Mat Saleh sedut Ganja & setakat ni gua tak de jumpa lagi Mat Saleh stim Ganja macam Melayu Stim Ganja... Tak de yang stim tahap Penagih Dadah.

Makanan & Minuman

Nak cari makanan halal dekat sini tak de masalah... Cuma ada beberapa tempat yang populasi penduduk beragama Islamnya rendah, memang ada masalah... Kadang-kadang je boleh jumpa bahan mentah halal tu pun setakat Kambing je... Tapi gua rasa tak de masalah sebab bekalan ikan tak pernah putus.

Kalau nak masak, kena pandai-pandai reka resepi baru sebab bahan masakan dekat sini tak sama dengan apa yang kita ada dekat Malaysia... Tapi kalau pandai cari, tak de masalah kalau setakat nak masak kari atau nasik lemak.

Buah-buahan, jarang pekerja dekat sini keluarkan belanja sendiri untuk beli buah-buahan sebab bekalan buah-buahan sentiasa ada di sekeliling tempat kerja & jugak cabin. Segar dari ladang.


Bersambung...

No comments: