Friday, December 27, 2013

Racun 6: “Hakikat Sebuah Kehidupan” – Part 2

Bila sebut je Kerja dekat Aussie, mesti semua terbayang sebuah kehidupan Sosial ala-ala Mat Saleh... 

Bangun pagi breakfast – Scrambelled Eggs, Red Bean, Sweet Corn, Green Bean, Pancake atau sekurang-kurangnya Tuna Sandwich... Lunch – Burger, Pizza... Dinner – Steak. Hujung minggu, pakai baju sejuk tebal-tebal – pusing Bandar cuci mata tengok Minah-Minah Saleh, window shoping... THIS IS AMAREKA...!!! (OZ la tu...)

Hakikatnya tak sama dengan yang korang bayangkan...

Kehidupan hebat ala-ala “Western Union” tu memang ada dekat sini, tapi bukan dekat semua tempat... Kalau kerja dekat Bandar, yes – tu lah kehidupan korang...

Nak kerja dekat Bandar, korang nak kena ada “Working Visa” atau sekurang-kurangnya “Student Visa”. Nak apply “Working Visa” makan masa paling kurang 6 bulan... Ada yang cecah sampai bertahun, tengok pada kelayakan, kebolehan & jugak rezeki... Kalau kena dengan kelayakan, kebolehan & jugak rezeki, akan ada mana-mana Syarikat yang minat nak pakai pekerja selesaikan semua tu.

“Student Visa”..? Daftar belajar dekat mana-mana Pusat Pengajian dekat Aussie... Registration nak kena standby paling kurang AUD3,000.00.

Once lu dah dapat “Working Visa” atau “Student Visa”, korang dah boleh cari kerja dekat mana-mana tempat yang korang minat. Jangan lupa, kena bayar 35% tax pada Australian Government. Tapi bagi gua, dengan tangga gaji yang korang dapat, 35% Government Tax kecik je dengan apa yang korang dapat. Dekat sini bukan semua benda korang boleh dapat Free Of Charge. Banyak nak kena bayar, tapi – It’s Wordth It.

Mula-mula gua sampai Aussie, gua sempat buat survey dalam Bandar Melbourne, gua jumpa lebih kurang 15 orang dari Malaysia yang kerja dekat kedai-kedai dalam Bandar Melbourne & majority mereka dibayar sebanyak AUD13 sejam... Kerja 8 jam sehari... Kos makan dekat Bandar Melbourne paling tinggi AUD50 kalau makan tahap Mangsa Kebuluran, jadi separuh gaji pun tak habis untuk makan, minum dan lain-lain.

Bukan nak kutuk, tapi kenyataan – Dekat Malaysia, majority yang kerja dapat lebih kurang RM20 – RM50 sehari... 3 kali makan dekat kedai, transport, tol, parking blab la bla... Balance..? Kadang-kadang tak padan dengan gaji. Kerja dekat Malaysia jarang dapat simpan duit, boleh jugak kalau gua cakap, majority yang bekerja dekat Malaysia “terpaksa” bekerja sebab nak hidup, kerja dalam keadaan tertekan, dapat gaji, kira hutang... Nak simpan..? In Shaa Allah...

Tu untuk yang kerja secara Legal... kalau kerja dengan cara Illegal, tak de visa..? – Gua rasa PATI dekat Malaysia lebih beruntung dalam hal ni.

Kita boleh tengok PATI dekat Malaysia kadang-kadang kehidupan mereka lebih baik dari Warganegara Malaysia sendiri. Duduk rumah kongsi, percuma, ada yang bukak tanah haram kemudian buat penempatan sendiri, Imigresen, Polis atau mana-mana Penguatkuasa datang – Bagi sampul surat, selesai.

Hujung minggu boleh meronda segenap ceruk Negara Malaysia, naik Komuter penuh dengan PATI, Pasar Malam penuh dengan PATI meniaga, Uptown – Downtown pun geng-geng PATI boleh cari makan tanpa risau pada Penguatkuasa. Boleh cakap, majority PATI yang ada dekat Malaysia “cuci tangan” lepas dapat gaji, atau meniaga. Penguatkuasa hanya muncul “beberapa ketika sahaja”, selain dari tu – Hayun apa yang patut dalam Pejabat.


Penjara Terbuka

Dalam kembara gua, gua pernah stay dekat 1 penempatan pekerja Ladang dari Malaysia... Kehidupan dekat sana gua anggap “unexpected”. 24 jam kehidupan Cuma dalam kawasan Cabin sahaja. Nak keluar mana-mana susah sebab tak de transport & penempatan jauh dari Bandar. Kalau keluar pun berhadapan dengan risiko kena tangkap Polis atau Imigresen.

Ada kawasan yang Penguatkuasaan berjalan 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun sampai Majikan dekat kawasan tu keluarkan arahan berkurung seawal jam 9:00 malam – Semua barangan tak boleh ada dekat luar cabin atau caravan, lampu & semua Air-cond WAJIB ditutup (Cabin atau Caravan mesti dilihat seperti “kosong/tak de penghuni)  sebab takut diserbu Imigresen.

Tiap-tiap minggu paling kurang 5 orang kena tangkap & terus dihantar balik ke Negara asal. Kebanyakannya, ditahan dalam Van masa dalam perjalanan ke Bandar untuk beli barang-barang keperluan.

Kalau hari bekerja kira ok la jugak duduk dalam keadaan macam tu, tapi ada masa-masanya tak de kerja sampai 2-3 minggu... Korang bayangkan 2-3 minggu “terkunci” dalam kawasan Cabin. Masa gua dekat penempatan tu, sorang Pakcik pernah tanya gua – “Engkau tak rasa duduk sini macam duduk dalam Penjara ke..? 3-4 hari lepas Pakcik tu bagi gua soalan tu, Pakcik tu balik Malaysia lepas 3 minggu berada di Aussie sebab tak tahan dengan cara hidup ala-ala “Penjara” dekat sini.

Tu 2 perbezaan Kehidupan Sosial dekat sini... Kalau ada “Working Visa” atau “Student Visa”, memang korang akan rasa kehidupan ala-ala Barat, tapi kalau korang tak de salah 1 antara 2 visa tu, korang akan rasa kehidupan ala-ala “MELARAT”...

Kalau korang betul-betul paham apa gua tulis dekat atas, korang akan Nampak dalam kehidupan kerja secara “Illegal”, ada 2 level... Bukan semua kehidupan mereka macam dalam Penjara. Ada ramai lagi yang menikmati kehidupan yang sama & kadang-kadang lebih bahagia dari yang ada 2 visa tu.

Yang tu nanti gua cerita dalam entri gua yang akan datang.

Kehidupan Sosial

Kehidupan Sosial dekat sini memang Sosial Gila. Kalau nak berjudi atau mabuk-mabuk, boleh call mana-mana Club, transport akan datang ambik korang dimana sahaja korang berada & habis berjudi, menang atau kalah, ada transport akan hantar korang balik di mana saja korang nak & it’s “FREE OF CHARGE”.

Kaki Ganja... Ganja dekat sini dibenarkan, boleh simpan stok untuk kegunaan sendiri... Setiap rumah dibenarkan tanam 1 Pokok Ganja SAHAJA dalam 1-1 masa. Boleh cakap, kebanyakan Mat Saleh ada simpan Ganja dalam Poket atau Kotak Rokok.


Sebelum makan, kebanyakan Mat Saleh sedut Ganja & setakat ni gua tak de jumpa lagi Mat Saleh stim Ganja macam Melayu Stim Ganja... Tak de yang stim tahap Penagih Dadah.

Makanan & Minuman

Nak cari makanan halal dekat sini tak de masalah... Cuma ada beberapa tempat yang populasi penduduk beragama Islamnya rendah, memang ada masalah... Kadang-kadang je boleh jumpa bahan mentah halal tu pun setakat Kambing je... Tapi gua rasa tak de masalah sebab bekalan ikan tak pernah putus.

Kalau nak masak, kena pandai-pandai reka resepi baru sebab bahan masakan dekat sini tak sama dengan apa yang kita ada dekat Malaysia... Tapi kalau pandai cari, tak de masalah kalau setakat nak masak kari atau nasik lemak.

Buah-buahan, jarang pekerja dekat sini keluarkan belanja sendiri untuk beli buah-buahan sebab bekalan buah-buahan sentiasa ada di sekeliling tempat kerja & jugak cabin. Segar dari ladang.


Bersambung...

Thursday, December 26, 2013

Racun 5: “Hakikat Sebuah Kehidupan” – Part 1

Dalam nukilan-nukilan gua sebelum ni, gua dah kongsikan banyak cerita best & lebih banyak cerita tak best pengalaman gua berada dalam kelompok Buruh Ladang Anggur. Gua dapat terlalu banyak respon “positif”, ramai yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Pekerjaan Buruh di Ladang Anggur.

Hari ni gua nak huraikan secara lebih detail keadaan dalam Ladang Anggur, Situasi sebenar yang dihadapi pekerja-pekerja dalam Ladang Anggur. Ada Pro & ada banyak Kontra.

Tempat Tinggal

Majoriti Ejen atau Kontraktor menempatkan para Pekerja Ladang Anggur dalam Cabin-Cabin atau Caravan-Caravan yang disewa oleh mereka di sekitar kawasan & juga dalam kawasan Ladang Anggur yang mana mereka mendapat Kontrak & juga Sub. Hanya sebahagian kecil antara mereka yang mempunyai rumah sewa untuk para pekerja... Tengok pada lokasi... Kalau kawasan pedalaman, jangan harap akan ada rumah sewa, kalau dekat dengan Bandar, 50-50.

1: Cabin

Cabin ada 2 size... 10x10kaki (4 orang pekerja) & 8x10kaki (2 orang pekerja). Kalau “peak time”, kadang-kadang kena berkongsi ramai-ramai dalam 1-1 masa – Lelaki & perempuan bercampur-campur, tapi still boleh “runding” bagi yang beragama Islam & juga pasangan suami isteri.

Kemudahan dalam Cabin – Aircond & juga heater, Katil Double Decker, Tilam, Almari & juga 2 Plug Electric.

Aircond – Kalau nasib baik, dapat yang jenis “Tip-Top Condition”... Kalau nasib tak baik, Cuma boleh guna penyejuk SAHAJA atau HEATER sahaja. Kipas memang tak de. Aircond dah jadi keperluan utama dekat sini. Malam terlalu sejuk, jadi perlukan Heater, Siang pulak kadang-kadang panas melampau, jadi perlukan Penyejuk.

Katil – Standard double decker jenis besi “area”, pantang bergerak je memanhg bergegar kepala otak lebih-lebih lagi kalau lu ambik katil atas... Kalau ambik katil atas, pergerakan kena jaga, setiap gerakan perlu dilakukan dengan amat berhati-hati & beserta dengan “Hikmat Meringankan Badan”.

Banyak kes, kawan yang duduk katil bawah kena hempap dekat kawan yang duduk katil atas sebab besi bawah tilam tak dapat menahan gerakan melampau terutama gerakan-gerakan yang melebihi 0.5 skala ritcher... 

Hahaha...

Tilam – Standard tilam cap ayam... Ada tilam ke tak de tilam ke perasaannya tetap sama. Tilam cap ayam dekat sini terbukti lebih “haram jadah” kualitinya berbanding tilam cap ayam dekat Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Tahap kekematuan bontot korang kalau duduk atas tilam, tak de beza dengan duduk atas simen. Tapi kira ok la dari tak de tilam langsung... Kalau nasib baik, dalam tilam yang agak berkualiti ala-ala Tilam Ziana Zain. Tah brand apa gua tak tau, tapi memang berat... Jangan mimpi nak angkut sorang-sorang... Tak kan larat.

Almari – Gua rasa lagi layak panggil “Rak” je kot, sebab gua tak jumpa lagi yang ada pintu... Boleh katakana semua almari dah bogel, tak de pintu. Almari yang ada dalam Cabin ni kira ok la bagi gua... Boleh muat semua pakaian & keperluan lu dekat situ... Kalau barang tak banyak, banyak spaces akan terbiar kosong.

Yang bagusnya, almari dalam Cabin dipaku terus dekat dinding Cabin... Jadi jangan mimpi nak ubah-ubah lokasi. Kelebihannya, lu letak la banyak mana pun barang dekat almari tu, dia tak kan senget macam almari bujang di Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Plug Elektrik – Ni pun nak kena cerita ke..? Blah la lu...


2: Caravan

Luas Caravan tak tentu... Ada yang kecik & ada jugak yang besar... Nasib korang dapat yang mana. Bilangan “penduduk” dalam Caravan pun lebih kurang dengan Cabin.

Kemudahan yang ada dalam Caravan pun lebih kurang sama dengan Cabin. Yang berbeza Cuma “harga sewa”.

Harga sewaan Cabin & jugak Caravan tak sama... Setiap satunya berbeza... Tengok atas tokey korang la dia nak cekik korang ke tak. Paling murah AUD70 seminggu seorang & paling mahal AUD85 seminggu untuk seorang.

Kemudahan Dapur & Tandas untuk lelaki & perempuan ada disediakan disemua lokasi penempatan tak kira Cabin atau Caravan. Jamban jenis duduk tapi ada jugak hamlau yang bantai menyangkung atas jamban... Tak leh nak cakap apa... Tisu memang sentiasa sedia berkhidmat dalam jamban, tak yah susah-susah cari paip untuk “pembersihan etnik” lepas melabur sebab – This is Aussie. Mat Saleh mana reti basuh berak..!

Sila bawa botol air kalau nak melepas hajat.

3: Rumah

Bagi golongan yang bernasib baik, dapatlah merasa kenikmatan tinggal dalam rumah.

Kemudahan dalam rumah memang Tip Top. Fully Furniture. HDTV 48 inchi, DVD Player, Home Theathre System, Sofa, Carpet, Set Kerusi Makan blab la bla... Senang cerita, standard rumah sewa dekat sini ada kemudahan penuh macam rumah Mak-Mak Datin & Dato-Dato dekat kawasan Elit di Malaysia.

Hanya sebahagian rumah sewa sahaja tak de kemudahan penuh tapi tetap lagi best dari rumah sewa Mahal di Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Sewa Rumah..? AUD100 seminggu untuk setiap seorang. Kira ok la beb...


Bersambung...

Tuesday, December 24, 2013

Racun 4: Kerja 4 Hari - AUD458 (RM1,344)


Hari ni gua terima gaji gua untuk kerja-kerja “covering”... Kerja paling pada pandangan gua dalam Industri Ladang Anggur... Rujuk Artikel gua bertajuk “Hijrah 2: Hari Pertama Covering” (http://welcome2dhell.blogspot.com.au/2013/12/hijrah-2-hari-pertama-covering.html).

Untuk kerja-kerja covering selama 4 hari, gua terima bayaran sebanyak AUD458. Convert duit Malaysia – RM1,346.00. Gua puas hati dengan hasil titik peluh gua & gua rasa bayaran yang gua terima sangat-sangat berbaloi dengan tenaga & titik peluh yang gua keluarkan.

Hilang sakit badan gua sebaik saja gua terima gaji gua. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan-Nya.

Hari pertama buat covering, gaji dikira lump-sump... Se-ekar, kami dibayar sebanyak AUD170... Hari pertama kami bantai buat covering atas Ladang seluas 9 ekar. Jadi kami terima bayaran sebanyak AUD1,530.00 & dibahagi 12 (12 orang dalam team kami)... Jadi setiap seorang dari kami terima bayaran sebanyak AUD127.50 (RM374.90).

Hari kedua buat covering kami sempat buat untuk 6 ekar sahaja sebab cuaca terlalu panas (41’ celcius). Jadi setiap kami Cuma terima bayaran sebanyak AUD85 sahaja (RM250.00).

Hari ketiga, kami buat aduan pada kontraktor sebab x puas hati dengan kerja beberapa orang dalam team kami yang kami kira “lembab”, rasa tak adil, buat kerja lembab tapi terima bayaran sama banyak dengan kami yang lanyak kerja macam orang gila... Jadi untuk hari ketiga, kontraktor setuju untuk bayar kami secara kontrak. 1 pokok kami dibayar sebanyak 22sen.

Setiap dari kami cari partner masing-masing... setiap team Cuma ada 2 orang sahaja... Setiap team akan lanyak sebanyak mungkin row untuk dapat duit lebih... Gua dengan partner gua “Superman” berjaya buat rekod peribadi & kalahkan team lain... Kami bantai buat 1045 batang pokok untuk hari ketiga... Jadi kami terima bayaran sebanyak AUD229.9 & dibahagi 2... Total setiap sorang dari kami dapat AUD114.95 (RM338.00).

Selebihnya AUD129.75 gua dapat untuk hari keempat gua buat covering...

Lumayan beb... Alhamdulillah syukur kepada Allah...


Bersambung...

Monday, December 23, 2013

Racun 3: “Semuanya Beres...!”

Ejen: “Transport, Tempat Tinggal, Kerja semua dah standby... Semuanya dah beres... Kira lu sampai je, boleh terus start kerja. Kalau lu rajin, hari ni sampai, esok boleh terus start kerja, kalau lu nak rehat dulu sehari pun tak de hal... Lu sampai, lu rehat sehari, esoknya baru lu start kerja”.

“Sekarang Cuma nk confirmation dari lu, nak stay dekat rumah, dalam cabin atau dalam caravan..? Kalau stay dekat rumah, sewa dalam AUD100-120 seminggu, Cabin AUD70-85 seminggu, Caravan paling murah... AUD70 je seminggu... Lu nak yang mana..? Gua nak booking untuk lu”.

Perantau: “Bagi gua yang murah skali la... Caravan... Sebab modal gua tak banyak... Lagipun gua datang dengan wife gua... Kira dalam caravan tu gua stay dengan wife gua je... Esok-esok income dah stabil baru gua decide balik nak pindah dekat rumah ke, cabin atau nak stay dalam caravan”.

Ejen: “Orait... Lu bankin dulu deposite dekat gua AUD100, gua nak bayar deposite rumah, balance lu bayar dekat gua bila lu sampai sini nanti”.

Tu antara conversation akhir antara kebanyakan ejen & bakal perantau.

Ni yang gua sebut “Janji Manismu”.

Hakikatnya

Sampai dekat Aussie, ikut guide yang ejen bagi... Sampai dekat tempat yang dijanji – “Indah Khabar Dari Rupa”.

Kata ejen, buat masa ni, lu stay dekat sini dulu, cabin dengan caravan dalam proses “upgrade”. Dalam seminggu lagi siap.


Ada banyak kes yang datang berpasangan – Suami & Isteri, terpaksa tinggal dalam 1 cabin seluas 10x10 kaki bersama dengan 4 lagi perantau lelaki. Lu bayangkan macam mana pasangan suami – isteri beragama Islam duduk berhimpit dalam 1 cabin sempit dengan 4 lagi perantau.

Macam mana nak hidup macam manusia normal..? Mandi, tukar baju, tidur, rehat blab la bla... Gua tak rasa keadaan tu “sukar” sangat bagi anak jantan. Tapi gua rasa ramai yang setuju kalau gua cakap, keadaan tu jadi “tak sukar” sebab “terpaksa”. Gua yakin 100%, kebanyakan yang terkena akan Nampak ejen tu “kecik” je... Kalau dekat Malaysia memang dah lama ejen makan pakai “straw”.

Gua bernasib baik, tak datang melalui ejen... Datang melalui kenalan & bila sampai dekat sini, terus duduk bawak kontraktor... Tapi sempat jugak merasa jadi “mangsa ejen”.

Kes gua unik sikit... Gua datang melalui kenalan gua, gua langsung tak de berhubung dengan mana-mana ejen baik masa gua di Malaysia, ataupun bila gua dah sampai ke Aussie... Gua Cuma berhubung dengan kenalan gua SAHAJA. Sampai dekat Robinvale pun yang pick-up gua ialah kontraktor yang ada dekat sini yang mana kenalan gua bekerja dibawahnya.

Tau-tau ada sorang ejen mengaku yang gua adalah “budak dia”. Tak perlu gua sebut nama. Tahap kencingan ejen tu pun bagi gua langsung tak terpercik ke muka gua sebab gua cepat dapat tau & terus gua setelkan dengan kontraktor yang pick-up gua masa gua mula-mula sampai... Jadi dalam masa tak sampai seminggu gua berjaya selamtkan diri gua dari jadi mangsa kencingan ejen.

Kehidupan ala-ala “PATI” di Malaysia yang gua cerita tadi berterusan selama beberapa minggu... Ada pasangan yang “balik awal” ke Malaysia sebab “kecewa” dengan “Janji Manis” ejen... Ramai lagi perantau yang ambik keputusan sama “Balik Awal” ke Malaysia lepas melalui pengalaman pertama yang agak “mengerikan”.

Ramai lagi perantau yang terus terkena dengan ejen sebaik saja mendarat ke bumi Aussie.

Gua dengar banyak cerita dari member-member yang gua jumpa di merata tempat yang gua jelajah... Ada 3 budak perempuan datang, salah sorang dari mereka dah bergelar ibu... Tinggalkan anak yang masih dalam buaian dengan harapan nak cari rezeki lebih di Aussie.

Tapi sebab salah cari ejen, sebaik saja mendarat di Bumi Aussie, terus tak dapat contact ejen... Mendarat di Gold Coast & hidup dalam keadaan terumbang ambing hampir seminggu tak tau mana nak pergi... Duit belanja yang dibawa dari Malaysia hampir RM4000 habis gitu je untuk tambang sebab ikut “wrong information” yang diberi oleh ejen sebelum sampai ke Bumi Aussie... Akhirnya balik ke Malaysia dengan bantuan kenalan-kenalan baru di Aussie yang simpati.

Ada berpuluh-puluh lagi kes, perantau kena kencing dengan “janji manis” – “Lu sampai je boleh terus start kerja”... Padahal bila sampai je, kerja tak ada... berhari-hari & kadang-kadang, berminggu-minggu tersadai dekat tempat berteduh... Dalam keadaan tu, duit asyik keluar je, credit nak kena sentiasa ada sebab sambil-sambil menganggur di ladang anggur, kena survey tempat kerja lain... Mana tau nasib baik... Perut mesti nak kena isi tiap-tiap hari, sewa cabin memang nak kena bayar tak kira lu kerja ke tak kerja.

Parah...

Kalau yang bernasib baik sikit macam gua, ada la sikit kerja... Tapi bukan tiap-tiap hari... Ada masanya dalam seminggu, 2 hari je kerja... Jadi waktu kerja yang “singkat” tu kami bantai kerja mengalahkan PATI dekat Malaysia sebab nak tamping kos hidup untuk hari-hari kami menganggur di ladang anggur.

Tu pengalaman paling berharga. Macam mana nak survive dalam keadaan lu duduk jauh dari kawan-kawan & keluarga lu di Malaysia. Duduk dekat sini kena ingat, anything happened to you – Orang lain bukan tak nak tolong, tapi kena faham, masing-masing kita berada jauh beribu batu dari keluarga, jadi bantuan yang mampu diberi – “sekadar mampu sahaja”. Jangan ambik hati dalam bab tu.

Bab kerja yang dijanji dengan bayaran AUD13 sejam paling murah – Lu simpan dalam kepala lu sampai bila-bila – Tanam Tebu di Tepi Bibir. Macam slogan “Janji Ditepati” Barisan Nasional. Langsung tak de beza.

Semua yang gua cerita dekat atas adalah apa yang berlaku Ladang Anggur sekitar Robinvale. Kalau tempat lain, ceritanya tak “Seneraka” ni. Rezeki ada dimana-mana. Itu janji Allah pada Hamba-hamba-Nya.

Member-member gua yang datang dengan gua semua dah tinggalkan Robinvale dengan 1001 kenangan pahit. Kalau lu tanya apa khabar Robinvale, lu akan dengar jawapan – “Aku dah tinggalkan kenangan di Robinvale & sekarang aku dah mulakan hidup baru ditempat baru”.

Sebab tu gua mulakan Pengalaman gua di Ladang Anggur Robinvale dengan kata-kata – “Welcome To The Hell” walaupun pada awalnya member gua tak setuju dengan gua.

Dalam tak setuju, member gua dah buktikan kata-kata gua dengan tidak terus tinggal di Robinvale tetapi memulakan hidup baru ditempat baru.

Bersambung...

Friday, December 20, 2013

Racun 2: Penganggur Terhormat Di Ladang Anggur

Pengalaman gua dekat Ladang Anggur bagu gua sangat-sangat berguna & sikit sebanyak dapat bantu sahabat-sahabat yang berhajat nak berhijrah mencari rezeki di Ladang Anggur.

Pertama yang selalu dibangkitkan tiap kali gua menulis tentang pengalaman gua di ladang anggur – “Bro... Lu yakin ke Ladang Anggur tempat lu kerja tu tak produce anggur untuk buat arak..? Kalau Ladang Anggur tu produce anggur untuk bikin arak, automatic semua yang kerja dekat situ dapat sikit saham akhirat & rezeki tak berkat bro... Rezeki HARAM..!”.

Terima kasih atas persoalan tu...

Memang bila gua mendarat dekat sini, itu yang mula-mula gua survey... Gua berkesempatan bersembang dengan salah sorang Mat Saleh yang kerja dekat sini & pernah memiliki Ladang Anggur sendiri.

Soalan cepumas gua dijawab dengan begitu detail sekali oleh Mat Saleh tu...

Ikut penerangan Mat Saleh tu, Ladang Anggur dekat kawasan sekitar Robinvale Cuma produce buah-buahan untuk makanan SAHAJA. Pertama, anggur untuk produce arak atau “Wine” lebih kecil buahnya tetapi sangat-sangat manis. Pokoknya pun tak ditanam dalam 1 barisan panjang macam yang kami tengok dekat sini.

Pokoknya ditanam sepohon-sepohon & cara penjagaannya tak serumit menjaga buah anggur untuk dibuat makan-makan. Buahnya tak perlu di “trimming”, daun-daunnya tak perlu dicabut bila buah dah nak masak & pokok-pokok anggur tersebut tak perlu dibuat “covering” untuk melindungi buah anggur dari terik matahari.

Kesimpulannya, kalau lu dapat offer kerja dekat ladang anggur, senang je lu nak tau rezeki lu nanti HALAL atau HARAM, cukup dengan lu pancing tukang offer tu dengan pertanyaan – berapa bayaran untuk buat trimming buah, berapa bayaran untuk cabut daun & berapa bauaran untuk buat covering. Kalau semua soalan lu tu tukang offer boleh jawab siap sebut bila musim-musim untuk buat semua kerja-kerja tu, In Shaa Allah rezeki lu nanti HALAL & diberkati-Nya...

“Pertanian itu Ibadah”, kerja dalam bidang pertanian adalah Ibadah. Pahalanya berganda, berbakti pada Bumi & 1 hari nanti In Shaa Allah, bumi Allah akan melindungi kita kembali.

Pengalaman gua dekat Ladang Anggur jugak menjelaskan bahawa kerja di Ladang Anggur TIDAK AKAN MENJANJIKAN pulangan yang lumayan macam yang diwar-warkan oleh kebanyakan ejen.

Musim terbaik untuk lu buat duit dekat Ladang Anggur ialah bila tiba musim “covering” & “Picking”.

Cuma untuk musim “covering”, lu kena kental... Kalau semangat & tenaga tak kuat, mintak maaf banyak-banyak, baik lu stay dekat Malaysia tunggu bantuan BR1M. TAPI, kalau lu kental & nekad nak bikin duit, badan mesti mau “fit” (bukan isap fit@dadah bro, kang gua sepak kang..!)...

Musim “covering”, kalau lu kental, lu boleh dapat habuan seminima AUD120 sehari, TAPI mesti mau cari ejen atau kontraktor yang bagus, kalau tak... Tenaga lu habis gitu je kena “pakai” dek ejen atau “kontraktor” jenis LINTAH DARAT.

Musim “Picking”, kalau kena dengan ejen atau kontraktor, lu boleh dapat habuan lebih... Biasanya bayaran paling tinggi untuk kerja-kerja “picking” ialah sebanyak AUD2.50 & bayaran paling rendah ialah sebanyak AUD1.80 sekotak... Kalau badan PERKASA, cuba bikin minimum 100 kotak sehari. Lu akan dapat gaji yang lebih tinggi dari Manager Bank di Malaysia.

Selain dari musim “covering” & “Picking”, kalau lu datang dekat Ladang Anggur, lu akan jadi Penganggur Terhormat Di Ladang Anggur.


Hari ni gua cerita Ladang Anggur je, esok-esok gua cerita Ladang lain pulak.


Bersambung...

Hijrah 5: 1001 Kisah Di Ladang Anggur

Hari ni hari terakhir gua dekat sini. Tamatnya pengembaraan pertama gua di Ladang Anggur. Banyak pengalaman berharga gua dapat dekat sini dalam masa yang sangat singkat.

Gua dapat ramai kawan-kawan baru, gua belajar banyak perkara baru, gua belajar hidup susah beribu batu dari Kampung Halaman gua, jauh dari Keluarga & sahabat-sahabat seperjuangan.

Kalau dekat Malaysia, kebanyakan kita termasuk gua sendiri kadang-kadang memandang hina pada Mat-Mat Bangla, Mat Indon, Myanmar & lain-lain pendatang yang mencari rezeki di Bumi Malaysia... Dalam masa lebih kurang 3 minggu gua di Australia, pandangan gua sedikit berubah pada para Pendatang yang betul-betul berhijrah mencari rezeki halal di Bumi Malaysia.

Gua & para perantau di Bumi Aussie akhirnya terpaksa akui kekentalan semangat mereka bila mereka berhijrah jauh dari sanak-saudara, mencari rezeki yang dijanji Allah di Bumi Asing. Kami mula memahami kesusahan hidup mereka di tempat sendiri – “Hujan Emas Di Tempat Orang”.

Tinggalkan keluarga, anak-anak, isteri & yang tercinta demi untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Tak de beza kehidupan para perantau dekat sini dengan kehidupan Pendatang di Bumi Malaysia.

1 – Uncle Jeff

Umur Uncle Jeff 52 tahun. Dekat perkampungan ni Uncle Jeff dah jadi macam bapak kami.

Menarik tentang Uncle Jeff, berhijrah cari rezeki dekat sini sebab nak tampung kos perubatan dia sendiri & tak nak menyusahkan anak cucu di Kampung.

Uncle Jeff adalah pesakit jantung, sama level dengan TDM – hidup bergantung pada “Bateri” & pertengahan tahun depan sampai masa untuk tukar “Bateri”.

Tak kira cuaca sesejuk 4’ celcius atau sepanas 47’ celcius, Uncle Jeff tetap bersama-sama kami melayan dingin & panas di Ladang memerah keringat dengan harapan menggunung – balik ke Malaysia dengan sejumlah wang untuk menampung kos perubatan diri sendiri & tidak menyusahkan sesiapa termasuk keluarga sendiri.

2 – Anip

Anak muda dari Kedah, awal 20-an... Dekat kampong, aktif bersukan, kaki bola.

Datang jauh sampai ke Australia sebab nak cari rezeki lebih. “Saya dok Malaysia dari habis sekolah sampai la ni dok keja banyak tempat dah bang, nama nak simpan duit memang mimpi ja... Tu yang ligan mai dok sini keja macam Bangla... Tapi dok sini macam berbaloi la Bang... Keja macam Bangla pun tak pa janji buleh simpan duit... Dok Malaysia keja mengalahkan Bangla kata nak simpan seratoih sebulan pun tok sah dok mimpi la... Nak makan, sewa rumah itu ini mahal bagai... Tak ghasa macam rakyat Malaysia la... Depa dok ataih mana pikiaq susah kita, depa tau suruh kita berjimat jaaa... Yang depa sendiri tiap-tiap hari tau “berjimak” ja keja... Cakap pandai”.

Hahaha...

3 – Ah Hoo

Cina Segambut, awal 30-an... Dah 4 tahun bermastautin dekat sini. Tinggalkan anak & isteri dekat Malaysia.
Gua pernah tanya Ah Hoo, “lu tak rindu dekat anak lu ke dah 4 tahun lu tak tengok diorang..?”. Ah Hoo termenung kejap, kemudian bangun & terus masuk dalam cabin. Tu kali pertama & terakhir gua tanya soalan tu.

Waktu kerja gua selalu perhatikan cina ni, memang dia bantai keringat dia gila-gila time kerja, waktu rehat ontime dia berhenti untuk makan, lepas tu sambung balik kerja sampai supervisor bagi isyarat masa untuk balik.

Tak de istilah “cuti” dalam kamus hidup Ah Hoo. Gua pernah tanya kenapa dia datang jauh cari duit dekat sini, Dia Cuma jawab soalan gua dengan senyum.

Gua rasa dia ada sebab peribadi & mungkin jugak datang sini sebab dah tak Nampak peluang untuk berdikari di Malaysia & sebab tu Cuma dia sorang je yang tau.

Cina ni rapat dengan semua perantau dekat sini tak kira bangsa apa... “Kita semua manusia maaa... Ini Bumi Allah bikin kasi semua orang duduk baik-baik kawan-kawan tolong-tolong semua orang. Bukan gaduh-gaduh”.

Bagusnya cina Ah Hoo ni, dia rajin tanya waktu sembahyang pukul berapa. Harap 1 hari nanti dia diberi Hidayah oleh-Nya.

4 – Salim

India Muslim dari Penang. Akhir 30-an. Pendiam... Waktu lepak ramai-ramai tak pernah berbunyi suara, senyum memang tak lepas dari mulut.

Mudah berkawan dengan sesiapa pun, Cuma memang tak banyak cakap.

Waktu kerja pun tak banyak cakap. Tau-tau kerja dah siap.

5 – Superman

Kami panggil mamat ni “Superman” sebab masa kami pindah cabin lain dekat tempat baru, ada sekeluarga Mat Saleh kebetulan tinggal dekat cabin baru.

Mat Saleh ni Cuma tinggal berdua dengan anak dia. Nama Mat Saleh ni Ghaz & anak dia memang cun melecun. Mat Saleh ni & anak dia ada bela 3 ekor anjing, Nam, Billy & yang sekor lagi gua tak tau nama apa.

Nak jadi cerita, hari pertama kami pindah, masa ramai-ramai dok cuci kitchen, anjing-anjing Ghaz bergaduh sesame sendiri dekat luar kitchen, anak Ghaz yang cun melecun cuba nak leraikan anjing-anjing tu, tapi sebab tersilap langkah, anak Ghaz sendiri pulak jadi mangsa kena gigit dekat Nam yang tingginya paras pinggang gua.

Nasib baik “superman” ada, dengan pantasnya “superman” berlari pergi dekat tempat anjing-anjing & jugak anak Ghaz yang cun melecun & dengan “Gagah Perkasanya” superman angkat anjing bernama Nam yang beratnya gua tak tau berapa puluh kg seraya melepaskan gigitan Nam pada tangan anak Ghaz & terus bawak Nam jauh dari anak Ghaz.

Anak Ghaz Cuma cedera ringan je... Kalau tak de “superman”, gua tak tau la macam mana tangan anak Ghaz, mesti lunyai kena mamah dekat anjing tu.

Masa kejadian tu, bini “superman” tengok je dari jauh sambil cekak pinggang.

Nak dijadikan cerita pulak, 2 hari lepas tu bini “superman” pulak kena kacau dek anjing Ghaz, tapi kami semua kecewa sebab masa kejadian, “superman” langsung tak kelihatan walaupun bini “superman” & kami ramai-ramai menjerit panggil “superman”.

Bini “superman” akhirnya diselamatkan oleh “supervisor” kami, sorang cina tua yang umurnya lebih 50 tahun... Hampehhh...

Hero Melayu memang macam tu kot...


Hari ni, 20hb. Disember, 2013 – Bini “superman” disahkan hamil anak sulung lepas beberapa tahun menunggu. Tahniah beb...

Gua..?

Gua akan teruskan pengembaraan gua di Bumi Kanggaroo... Tak tau lagi kemana arah tujuan gua lepas ni... New South Wales..? Midura..? Canberra..? Adelaide..? Goldcoast..? Sydney..? Tazmania..?

Tunggu...

Banyak lagi pengalaman gua dekat sini akan gua kongsikan dengan semua pembaca... Ada masa gua akan update Travelog gua di Bumi Kanggaroo... Doakan keberkatan kami disini...

Wassalam...

Thursday, December 19, 2013

Racun 1: Australia - Pendapatan Lumayan Di Ladang

“Bro... Lu kena datang cepat bro... Lu duduk Malaysia lu kerja macam babi, gaji 4-5k belum tentu lu dapat simpan duit, overhead dekat Malaysia sebulan tinggi, sewa rumah burung merpati mahal, makan minum mahal, tol, parking, blab la bla awek make-up, gincu, handbag blab la bla... Lu kerja dekat sini bodoh-bodoh kerja kutip epal, kutip anggur pun gaji lu paling bangang AUD13 - AUD15 sejam... Sehari lu kerja 8 jam lu dah dapat paling kurang AUD104 – AUD120 lu convert RM dah berapa bro..? RM312 – RM360 sehari bro, sebulan kalau lu rajin kerja, lu cuti sehari je tiap-tiap minggu lu dah dapat dekat RM9,000.00 bro...!!!”.


Korang mesti biasa dengar offer-offer macam tu kan..? Mesti biasa sangat kalau berhubung dengan ejen-ejen yang bagi gua sekadar “Lintah Darat” & selayaknya gua gelar golongan ni sebagai golongan “Kapitalis” yang hidupnya mentekedarah duit orang lain untuk kesenangan diri sendiri.

Kebanyakan ejen tak pernah jujur dengan korang... Yang ni nak kena beringat... Ada yang habis hampir RM10,000.00 dengan harapan yang sangat-sangat tinggi nak ubah kehidupan yang susah di Malaysia kepada kehidupan yang lebih baik di Australia.

Ramai yang berhutang dengan ahli keluarga, sahabat handai, kawan-kawan & lebih parah lagi, ada jugak yang berhutang dengan “Along” di Malaysia semata-mata nak datang ke Australia lepas terpengaruh dengan golongan “Kapitalis” yang lebih pentingkan diri sendiri.

Hakikatnya, bila dah habiskan modal yang banyak dekat ejen, sampai dekat Australia, ramai yang gagal dapatkan pendapatan macam yang dijanjikan.

Sepanjang gua dekat sini, dah ramai yang gua jumpa jadi mangsa dalam terpaksa. Kerja yang dijanjikan tak semacam yang diceritakan.

Kadang-kadang bukan salah ejen, kebanyakannya salah diri sendiri sebab tak dapatkan maklumat yang tepat dengan ejen atau malas nak cari info yang tepat, bulat-bulat percayakan ejen. Yang ni pun nak kena paham... Kebanyakan ejen berurusan dengan ramai orang, jadi ejen-ejen dah malas nak cerita secara detail selagi kita tak tanya.

Kerja kutip anggur atau kutip epal bukan berjalan setiap masa dalam setahun... Nak kena tahu bila musim mngutip, nak kena tahu bila “season”. Silap season, masuk ladang kena cabut daun, trim buah anggur yang gajinya Cuma sebanyak 30-55sen SAHAJA sepokok. Jumlah tu bukan sikit, tapi tak seperti yang lu harapkan kalau dibandingkan dengan “Angan-Angan” ribu-ribu sebulan.

Kalau nak kerja di Australia, terutama kalau berhubung dengan ejen, banyak perkara lu kena ambik tau... Kena tanya secara detail kerja dekat ladang apa, ladang sayur atau ladang buah, kalau ladang buah, nak kena tau sekarang musim apa, sama jugak kalau ladang sayur... Kalau silap tarikh atau masa, memang tak boleh bikin duit.

Makan modal. Kerja tak banyak, sewa rumah kena bayar, makan minum nak kena fikir semua skali.

Ada jugak ejen-ejen jenis pemalas...

Yang ni gua ringkaskan...

Ejen-ejen jenis pemalas ni kebanyakan kerjanya Cuma “tersadai” di cabin-cabin dalam ladang-ladang & bergayut pada kederat mana-mana kontraktor yang ada... Tak de usaha nak cari lebih banyak kontraktor yang ada contact dengan lain-lain tuan punya ladang selain ladang anggur.

Overhead nak kena keluar setiap hari macam yang gua sebut tadi... Duit makin sikit, jadi untuk cover overhead, aa-adakan cerita konon-konon ladang nak pakai pekerja, “cucuk” mana-mana yang berminat dengan janji-janji manis yang gua sebut dekat atas sekali.

Yang mana “kurang cerdik”, terpengaruh... Bayar duit dekat ejen, datang Australia & akhirnya “tersadai & menganggur” di ladang anggur.

Ejen pulak buat bodoh lembu je.

Ramai yang kena macam ni... Terpedaya sebab kesilapan diri sendiri...

Jadi jangan ghairah sangat...

Pendapatan macam yang gua sebut dekat atas sekali memang ada dekat Australia... Tapi kena pandai cari, bukan semua ladang & bukan semua season lu boleh dapat buat duit dekat sini... Ada musim-musim tertentu lu Cuma dapat kumpul ngam-ngam dengan overhead lu dekat sini TAPI, kalau lu jenis rajin...

Setiap masa lu kerah keringat lu, memang akan jadi duit & ianya sangat-sangat lumayan.


Bersambung...

Tuesday, December 17, 2013

Hijrah 4: Alah Bisa, Tegal Biasa...

Jam 3:30 pagi gua sedar dari tidur... Pertama sekali gua buat – layan sakit badan... Gua teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka Kota Konstantinople & gua terfikir... Macam mana Muhammad Al-Fateh & para Tentera beliau masa berperang boleh mantain tenaga..? Siang berperang lawan musuh, malam beribadat, tak pernah tinggal Solat Wajib & Solat Tahajud... Hebat beb...

Gua kuatkan diri ambik wudhu, solat tahajud & solat hajat lepas tu terus sambung Solat Subuh. Selesai semua tu gua letak kepala sebelum bangun semual siap-siap untuk hari kedua “peperangan” gua dalam ladang anggur...

Hari kedua gua buat covering, pagi jam 6:45 gua & team gua dah terpacak dekat ladang... Tepat jam 7:00 pagi tractor mula bergerak. Gua dah siap dengan harvest berisi paku seberat lebih kurang 3kg dekat pinggang gua, glove berbalut salotape & tangan & jugak badan yang sakit-sakit akibat kerja-kerja covering semalam yang memang mustahil akan hilang dalam masa semalaman.

Start kerja gua dah rasa balik seksa semalam, malah hari ni terasa lebih seksa sebab dari awal buat kerja segala kuku, jari, tangan & badan memang dah sakit-sakit. Gua cuba lawan rasa sakit tu, perit beb... alam kepala gua terbayang Buruh Paksa yang buat Landasan Keretapi Maut dekat Burma masa zaman Tok Nenek kita dulu.

Dalam masa setengah jam, rasa sakit tu hilang dengan sendiri... Langsung tak de rasa sakit, lenguh atau apa-apa rasa seksa. Gua dengan team gua dah boleh buat kerja macam biasa & keadaan tu berlanjutan sampai habis waktu kerja.

Gua tak pasti macam mana semua rasa sakit tu boleh hilang macam tu je. Mungkin jugak sebab “senaman” awal pagi – Solat beberapa raka’at, tertib masa solat, berdiri tegak, rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, rukuk blab la bla – Senaman terbaik yang kita belajar dari kecik tapi jarang kita amalkan bila umur makin meningkat & kadang-kadang dah tua Bangka pun kita tak amalkan...

Banyak lagi rahsia alam yang ada dalam Al-Qur’an yang kita tak tau & kita belum teroka sebab kita – “MALAS”.

“Sembahyanglah kamu sebelum kamu di Sembahyangkan” – Motivasi pagi buat diri gua sendiri & semua pembaca setia gua...

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala’ilahaillallah, Allahuakbar...


Bersambung...

Monday, December 16, 2013

Hijrah 3: Hujan Emas Negeri Orang...

Hari ni kerja-kerja covering habis agak awal... Lebih kurang jam 4:00 petang waktu Australia.

Lepas selesai semua urusan, gua bukak laptop gua & online... Bukak Facebook gua, gua Nampak gambar dekat bawah ni di wall member gua...


Yup... Ni lah kenyataannya bila lu jadi Warganegara Malaysia & bekerja di Negara Malaysia terutama bagi golongan berpendapatan rendah & pertengahan. Hidup seharian dalam keadaan tertekan dihimpit kos sara hidup yang agak tak munasabah jika dibandingkan dengan pendapatan perkapita seisi rumah.

Komen Pak Menteri yang biasa kita dengar – “Kalau tak puas hati, sila keluar dari Negara Malaysia..!”

Gua dah sahut cabaran Pak Menteri, gua keluar dari Negara Malaysia kemudian mulakan hidup baru di Negara Kanggaro jauh beribu batu dari Negara Malaysia & setakat ni, gua sangat-sangat gembira & berpuas hati dengan kehidupan baru gua.

Hanya dengan bekerja sebagai “Buruh Ladang”, gua mendapat hasil pendapatan setinggi AUD127.50 sehari, kalau ditukar dalam bentuk “Ringgit Malaysia” (RM), gaji paling tinggi untuk sehari gua bekerja ialah sebanyak RM369.75.

Paling-paling bangsat kalau gua kerja main-main, gua dapat AUD35 sehari & kalau ditukar dalam bentuk “Ringgit Malaysia” (RM), gaji gua yang paling bangsat ialah sebanyak RM101.50 sehari.

Kos sara hidup dekat tempat gua kerja..?

Sewa Cabin/Caravan – AUD70/AUD85 seminggu
Makan minum – AUD35 seminggu

Bermakna 7 hari gua kerja paling bangsat tahap pemalas, gua dah boleh cover semua kos sara hidup gua untuk sebulan...

Kereta..? Member gua kerja dekat Bandar Melbourne, mampu memiliki 2 buah kereta, sebijik Skyline GT R-34 secondhand & sebijik Hyundai Sonata untuk ulang alik pergi kerja... 2-2 bijik kereta dibeli secara tunai lepas 6 bulan bekerja.

Member gua bukan Pegawai Bank, bukan anak Pak Menteri dekat Malaysia, bukan Bussinessman, bukan Doktor, bukan Proffesor & bukan jugak kerja dalam bidang Profesional dekat Bandar Melbourne...

Lu tau member gua kerja sebagai apa..?

Member gua cuma seorang CLEANER dekat sebuah Pejabat dalam Bandaraya Melbourne SAHAJA..!


Malaysia “SUCKS” under Barisan Nasional.

Saturday, December 14, 2013

Hijrah 2: Hari Pertama “Covering”

Hari ni hari pertama & jugak pertama kali gua buat kerja “covering”. Kalau yang biasa kerja dekat ladang anggur, mesti tau & biasa dengan kerja-kerja “covering”. Ada yang cakap, kerja-kerja “covering” ni kerja paling berat dalam industri ladang anggur.

Seminggu sebelum bermula kerja-kerja “covering”, gua dengar macam-macam cerita dari “otai-otai” dalam kawasan cabin gua. Mungkin tu jugak antara sebab member gua yang datang sekali dengan gua ke Melbourne angkat kaki blah cari kerja lain.

Cerita-cerita “seram” pasal “covering” terus jadi halwa telinga gua sampailah masa untuk buat kerja covering & gua tetap nekad dengan tujuan asal gua datang sini – Belajar & ambik sebanyak mungkin pengalaman, bukan sekadar “dengar cerita” dari mulut orang.

Sampai masa, contractor datang ke cabin gua, panggil semua yang ada kemudian tanya – “Sape mau bikin kerja covering..? Sudah start tak boleh cuti ahhh... ada 12 hari kerja, mau cover paling kurang 10 ekar 1 hari. Sape mau boleh kasi nama, esok kita pergi training”.

Gua letak nama gua. Esok training covering.

Gua malas nak cerita pasal training. Terus pada topic utama.

Pagi jam 6:30 van datang pickup team kami. 8 orang semuanya. Sebelum keluar, masing-masing dah balut jari-jemari dengan plaster, pakai glove kemudian balut glove dengan salotape.

Jam 7:00 pagi kerja-kerja mula.

Traktor dengan alat khas bawak canvas tinggi melepasi deretan pokok-pokok anggur, 4 orang runner ikut belakang tractor serapat mungkin kemudian “pinkan” canvas pada dawai dengan paku.

Selebihnya termasuk gua follow belakang team pertama tadi, cover pokok anggur pakai canvas dengan kemas supaya canvas tak ditiup angin & dapat melindungi buah-buah anggur yang hampir masak dari panas cahaya matahari.

Kerja Nampak macam senang... Tarik canvas sapai tegang, lipat, balut pada dawai kemudian pinkan pakai paku.

Jam 7:00 sampai waktu makan tengahari semua dalam team kami buat kerja dengan cukup laju... Lepas makan tengahari..?

Bermula “seksa”.

Kuku dah mula rasa pedih, tapak tangan mula rasa sakit tambah pulak bila dah banyak kali tercucuk paku, lengan, bahu, atas belakang, peha, betis & badan dah mula terasa sakit sampai 1 tahap, masing-masing dah “down” nak teruskan kerja...

Sakit, lenguh, penat, dahaga, panas arghhh... Ni hari pertama & terakhir gua buat kerja ni...!!!

Lu tak kan dapat rasa “seksanya” buat kerja ni kalau lu sekadar baca je tulisan gua... Kalau berani, sila turun padang. Phui...!!!

Seumur hidup gua, gua tak pernah rasa seksa macam buat kerja covering... Stakat kerja buruh binaan, pergi demonstrasi kena sembur gas pemedih mata, kena sembur dengan air kimia blab la bla – biasa je bagi gua berbanding buat kerja covering...

Start kerja jam 7:00 pagi, rehat jam 12:00 tengahari sampai jam 12:45 kemudian sambung kerja sampai jam 5:00 petang...

Lu Tau berapa luas ladang nak kena buat covering..? Minimum 10 ekar beb..!

Balik kerja terus mandi, qada solat zohor, solat asar... Bum... Tidur atas sejadah... Jam 8:30 malam member kejut solat maghrib... Lepas tu sambung tidur... Sedar-sedar jam 12:00 tengah malam... Perut lapar... Masak makan malam & jugak untuk pagi & tengahari esok, jam 2:00 pagi tidur balik...


Penat tak boleh nak cakap beb... Welcome To The Hell...







Friday, December 13, 2013

Hijrah 1: Jauh Berjalan, Luas Pengalaman...

Asalnya masa di Malaysia, gua langsung tak de perancangan untuk ke Australia. Habis PRU-13 Memang gua dah niat nak cari kerja.

Pertama sekali gua contact member gua yang sama-sama kerja dalam Industri Oil & Gas di Kemaman, Terengganu dulu. Member gua bagi Greenlight... On... Tak sampai seminggu lepas tu Majikan Lama gua dekat Kemaman, Terengganu dulu call gua & terus offer gua kerja semula dengan Company lama dulu lepas dengar gua nak balik kerja dalam bidang Oil & Gas semula.

Deal... Gua siap barang-barang gua & buat persiapan untuk berhijrah kembali ke kerja lama gua. Oil & Gas. Tiba-tiba datang member gua yang sama-sama dalam Group Politik di Kelantan ajak gua berhijrah ke Aussie dengan tawaran yang agak menarik.

Semua rancangan gua ke Kemaman, Terengganu gua cancelkan & gua tukar rancangan untuk berhijrah ke Australia. 2-3 orang member gua di Kelantan dengar rancangan gua kemudiannya berminat untuk ikut sama berhijrah ke Negara Kanggaroo & akhirnya kesemua kami berlapan berada Australia mencari peluang muai rezeki disini.

Lepas 2 minggu berada di Robinvale, member gua yang mula-mula ajak gua berhijrah kesini dengan 4 orang ahli keluarganya memikul beg keluar dari Robinvale menuju ke Melbourne mencari peluang bekerja ditempat lain setelah tak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima disini.

Tinggal kami berlima meneruskan usaha membanting tulang mencari rezeki yang dijanji-Nya disini.

Pagi esok, 2 lagi member gua yang sama-sama berhijrah kesini bersama gua & sorang lagi member yang baru kami kenal disini juga dari Kelantan akan meninggalkan tempat ini... Keluar dari Robinvale menuju ke New South Wales selepas mendapat tawaran bekerja di sana.

Jadi sekarang dalam team gua, yang tinggal gua sorang je dekat Robinvale...

Gua..?


Gua akan teruskan kerja gua dekat sini sampai gua selesai & puas-hati dengan apa yang gua cari.


Pengalaman. Banyak lagi yang perlu gua belajar disini......

Senja Nan Merah...

Ambik pakai kamera handphone je... Samsung SIII

Saturday, December 7, 2013

Chapter 10: Dari “Photojournal” ke “Buruh Ladang”...

“Besok pagi jam 5:30 semua mesti standby ahhh...”... Tu pesan Supervisor sebelum kami tidur.

Pagi jam 3:45 Supervisor kejutkan semua pekerja, yang ditugaskan memasak, bertungkus lumus memasak dekat Kitchen, yang lain ikut giliran mandi dalam cuaca dingin serendah 9’ celcius.

Jam 4:10 minit masuk waktu Solat Subuh, pakat-pakat Solat Subuh. Tepat jam 5:30 van dah sampai untuk pickup kami ke Ladang.

Paling lewat, jam 6:00 pagi semua pekerja dah masuk ke Ladang... Tokey Ladang yang kami panggil “Stone Cold” terjegat siap nak bagi arahan apa kerja yang kami perlu buat untuk hari tu.

Maka bermulalah pengalaman baru gua dari Photojournal ke Buruh Ladang...

Kerja pertama gua di Bumi Kanggaroo ialah “Trimming” buah Anggur.

Setiap “Bunch” Anggur mesti ditrim supaya tak “serabai” & jadi “sejambak” macam yang dijual di pasaraya-pasaraya.

Untuk “beginner” macam gua, supervisor tugaskan 2 orang untuk buat 1 row... “Row”..?

Gua kasi sikit detail...

“Bunch of grapes” merujuk kepada “setangkai anggur”.

“Row” merujuk kepada “Barisan Pokok”.

Setiap “row” mengandungi lebih kurang 80-125 pokok anggur.

Jadi gua & partner gua kena trim buah anggur dalam 1 row, gua trim sebelah kanan row, partner gua trim sebelah kanan row. Setiap bunch diperiksa 1 persatu & tak leh tertinggal untuk trimming. Kalau Supervisor tengok ada yang tertinggal, korang kena start balik dari awal row.

Dekat sini ada percanggahan maklumat. Ada ejen yang janjikan gaji “hourly” pada bakal pekerja yang deal dengan ejen. Pengalaman gua dekat sini, untuk kerja trimming, TAK KAN ADA PAYMENT IKUT HOURLY.

Untuk kerja-kerja trimming buah, kami dibayar paling rendah 30sen sepokok & paling tinggi 55sen sepokok. Untuk “beginner” macam gua, paling tinggi Cuma dapat siapkan 1 ROW SAHAJA sehari... Lepas dah biasa, paling lama seminggu pengalaman kerja, korang dah boleh bantai paling kurang 3 row sehari dengan partner korang... Kalau dah pro, paling kurang sorang boleh siapkan 3 row sehari.

Kerja trimming buah tak penat, Cuma terus terang gua cakap, badan gua tak cukup kuat nak lawan cuaca yang tak menentu. Lu bayangkan, lu bangun jam 3:45 pagi, mandi dalam cuaca sejuk serendah 9’ celcius... Sejuk sampai ke tulang.

Awal gua sampai gua mandi air panas, tapi gua perasan, lepas mandi air panas, lu keluar je dari pancutan air panas, badan lu akan menggeletar sebab kesejukan cuaca menggigit. 2-3 hari hidup gua terseksa dengan kesejukan pagi...

Masuk hari keempat, gua try tahan mandi air sejuk direct dari paip... Sejuknya memang macam ais, menggigit sampai ke tulang... Tapi tak lama lepas tu gua dah biasa, badan gua dah jadi normal, tak menggeletar lagi dengan kesejukan pagi.

Praktikalnya, lu kena ajar jinakkan badan lu dengan kesejukan & tak sampai setengah jam, lu akan jadi “Iceman”, setakat 9’ celcius – pedehal..? Hahaha...

Tu bab cuaca pagi... Masuk jam 11:00 pagi, matahari mula terpacak atas kepala, nasib lu baik kalau angin sepoi-sepoi bahasa, lu boleh kerja dengan pakaian biasa macam lu kerja dekat Malaysia. Tapi kalau lu kena cuaca gila, matahari terpacak atas kepala, 24-32’ celcius tapi angin sejuk menggila sekuat 25-45km/j, glove & jacket tebal tak kan mampu nak tolong lu.

Hingus meleleh pun lu tak kan sedar beb...

Pendek kata, cabaran paling teruk dekat sini bukan “kerja”, tapi lebih kepada “cuaca”.

Tokey Ladang jugak tak kan benarkan korang bekerja kalau cuaca hujan atau terlalu panas. Bukan sebab dia kesian dekat lu, yang tu lu kena paham... Tokey Ladang lebih sayangkan tanaman dia dari korang. Dia tau kalau korang kerja dalam hujan atau panas melampau, tanaman dalam ladang akan jadi mangsa keadaan.

Hahaha...!!!

TAMAT segmen “Chapter”, tunggu segmen seterusnya “RACUN”.

Waktu rehat...

Friday, December 6, 2013

Chapter 9: Perkampungan Malaysia di Robinvale

Masa gua sampai ke tempat penginapan dalam ladang di Robinvale, hari dah hampir gelap. Pekerja-pekerja ladang semua dah balik ke tempat penginapan masing-masing.

Dekat sini ada beberapa lokasi penginapan... Ada yang tinggal dalam “Caravan”, ada yang tinggal dalam “Cabin” & ada yang tinggal dalam Rumah. Gua..? Gua pilih untuk tinggal dalam “Cabin”.

Ternyata apa yang ada dalam kepala otak gua sebelum ni jauh tersasar dari reality yang ada depan mata gua sekarang. Sebelum datang gua terbayangkan kehidupan dekat sini bersama Mat-Mat Saleh, cakap omputih bersepai-sepai bla bla bla blab la...

Tempat gua tinggal semuanya ada 2 Cabin dengan 8 bilik. 1 bilik dikongsi 4 orang. Jadi dengan gua sekarang semuanya ada 32 orang Warganegara Malaysia. Hahaha...

Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Johor, Perlis, Penang, Melaka – Melayu, Cina & India semua cukup. 1Malaysia. Phui... Ada 3 pasangan suami isteri, 2 melayu & 1 india. Dalam masa singkat dah mesra macam 1 keluarga besar di perantauan.

Yang pastinya, semua datang sini untuk cari rezeki.

Dekat sini, orang keluar masuk dah jadi perkara biasa... Ada yang x tahan dengan kerja, pagi kerja, esok balik atau keluar dari sini, ada yang dapat cerita-cerita bagus sebelum sampai tapi bila dah sampai, realitinya x sama, tak sempat pergi kerja, angkat beg terus blah.

Banyak ragam dekat sini. Hampir 2 minggu gua dekat sini, gua rasa macam gua dah pusing 1Malaysia walapun gua berada di Perantauan. Mana taknya, macam-macam karenah manusia dekat sini.

Yang bagusnya, dekat sini... Masalah bangsa atau agama tak de. India, Cina, Melayu semua bergaul macam 1 keluarga. Kalau ada masalah, pakat-pakat selesaikan.

2-3 hari awal gua dekat sini, gua seronok dengar cerita-cerita sahabat-sahabat baru. Ada Bekas Pegawai Bank, ada Bekas Contractor Kelas A, ada Bekas Pakar IT di Cyberjaya & Putrajaya, ada Bekas Pemandu Teksi, ada Bekas Kru Filem, ada Bekas Best Student di Pusat Pengajian Tinggi di luar Negara Malaysia, ada Bekas Pelajar Universiti Al-Azhar... Boleh cakap, kebanyakan yang datang sini bukan calang-calang orang di Malaysia...

Sebab datang cari rezeki dekat sini..?

“Habis belajar 2 tahun saya dok menganggur bang, hutang PTPTN ada dekat RM60k, apply kerja pakai sijil yang ada tak pernah dapat, yang dapat pun gaji diorang bayar murah sangat bang, nak bayar PTPTN pun tak lepas...”

“Abang tak tahan dok Malaysia dik... Kos Sara Hidup tak sepadan dengan gaji... Dekat Malaysia abang kerja macam babi, tapi bila dapat gaji, nak beli makanan babi pun tak mampu dik...”

Tu antara luahan Perantau dari Malaysia di Negara Kanggaroo...

Gua terpaksa bersetuju dengan kata-kata Bekas Pegawai Bank berbangsa India tadi...


Bersambung...

Thursday, December 5, 2013

Chapter 8: Swanhill & Robinvale – Pekan Koboi

Lebih kurang jam 12:00 tengahari Train gua sampai ke Pekan Swanhill. Yup... Pekan Swanhill tak de beza dengan Pekan-Pekan Koboi yang biasa kita tengok dalam filem-filem omputih... Korang biasa tengok filem Fast & Furious..? Rumah-rumah dekat sini sama je dengan rumah 215 yang jadi markas Geng-geng F&F.

Suasana dekat sini memang lengang tak macam dekat Malaysia. Nampak macam Bandar Mati. 2-3 hari gua dekat sini gua tengok suasana lengang macam ni adalah perkara normal disini.

Gua kemudiannya naik bas untuk ke Pekan Robinvale... Bas dekat sini tak de beza dengan bas-bas dekat Malaysia. Kalau beza pun, cara pemanduan. Dekat sini, pemandu-pemandu ikut law & sangat-sangat punctual.

Sampai masa bas gerak, dia akan gerak.

Setengah jam lepas bas bergerak, pemandu bas berhentikan bas di 1 Pump Station yang ada restoran. Pemandu bas maklumkan bas berhenti untuk rehat & makan-makan selama setengah jam. Pemandu bas mintak semua penumpang turun & lepas semua penumpang turun, enjin bas dimatikan & pintu bas dikunci rapat.




Setengah jam kemudian, pemandu bas datang & teruskan perjalanan ke Robinvale.

“Assalamu’alaikum... Abang dari Malaysia ek..?”, tiba-tiba sorang budak tegur gua dari belakang. Gua jawab salam budak kemudian yak an soalan dia.

Budak tu kemudian bangun & duduk sebelah gua. Macam-macam cerita gua dapat dari budak tu. Menarik. Budak tu dah “overstay” dekat Aussie lebih dari setahun. Banyak pengalaman dia sempat kongsi dengan gua. Bab kerja-kerja ladang buah, ladang sayur, Bandar & sekarang budak tu dalam perjalanan ke Midora.
Dekat sini dah jadi kebiasaan kalau mana-mana perantau sentiasa bertukar-tukar tempat kerja & biasanya perantau akan berhijrah bila dah habis “season” atau musim di mana-mana ladang tempat mereka bekerja.

Sejam setengah perjalanan, banyak info & pengetahuan yang gua dapat. Dapat kawan baru & sedar tak sedar, bas dah sampai ke Pekan Robinvale.


Gua kemudiannya call member yang gua dah contact sebelum ni maklumkan gua dah sampai Pekan Robinvale. 5 minit kemudian, member tadi sampai dengan sorang Contractor. Gua kemudiannya dibawak ke sebuah Pasaraya IGA berdekatan untuk beli barang-barang keperluan.

Belanja lebih kurang AUD40 dah dapat bekalan makanan untuk tempoh lebih kurang seminggu.
Gua kemudiannya dibawa ke tempat penginapan. Sebelum tu gua dibawak pusing-pusing ke kawasan ladang. Ikut perbualan gua dengan contractor yang ambik gua, dekat kawasan ni ada 1 Syarikat pemilik ladang terbesar di Robinvale... Luasnya ladang milik Syarikat tu lebih dari 3,500 ekar.

Pergh... Lebih kurang luas Bandar Kemaman, Terengganu beb...

Bersambung...

Wednesday, December 4, 2013

Chapter 7: KB – KL – Melbourne – Swanhill – Robinvale

Pertama sekali, gua tanya member gua yang Belajar di Melbourne, dekat mana biasanya Rakyat Malaysia bekerja di Australia. Jawab member gua, bukan Rakyat Malaysia je... Rakyat dari Negara China, Indonesia, Vietnam & Asia kebanyakannya bekerja di merata-rata tempat di Australia terutamanya di kawasan lading-ladang sekitar Australia. Paling dekat dengan Melbourne ialah di Robinvale, Swanhill lebih kurang 500 kilometer dari Melbourne.

Kebetulan pulak member gua ada kenalan yang bekerja dekat kawasan tu. Jadi gua mintak member gua uruskan biar gua sampai dekat sana untuk dapat sendiri pengalaman kerja dalam ladang.

Tak sampai sehari, semua dah selesai. Jadi pagi esok 30hb. November gua akan gerak ke Robinvale.

Lepas Solat Subuh esoknya gua jalan kaki dari Hotel ke Southern Cross Station Untuk naik Train jam 8:36 pagi ke Swanhill yang jaraknya lebih kurang 300 kilometer dari Melbourne.

Gua beli tiket dekat kaunter V-Line dengan harga AUD35.80 tempat duduk gaya bebas. Bagusnya service dekat sini, penjuaal tiket akan tanya destinasi kita seterusnya selepas Swanhill, bila gua cakap nak ke Robinvale, dia terus cakap dekat gua yang gua kena naik bas dari Swanhill ke Robinvaleyang jaraknya lebih kurang 150 kilometer dari Swanhill & dia jugak bagitau gua, gua boleh beli terus tiket bas dekat kaunter tu sekarang.

Malaysia kena praktik jugak amalan macam ni untuk memudahkan pergerakkan Pelancong & jugak Warga tempatan.

Jadi gua beli terus tiket bas dekat kaunter tu yang harganya AUD16.40.

Lepas bayar harga Total Tiket, penjual tiket serah tiket kemudian mintak gua periksa tiket gua betul atau tak Perjalanan, Harga & Masa. Lepas gua sahkan semuanya okay, dia serahkan duit baki gua & mintak gua kira cukup atau tak. Praktikal yang bagus.

Paling bagus lepas dah selesai semua urusan tiket, penjual tiket tu terus guide gua macam mana nak ke Platform tempat gua akan naik Train, bagitau gua dekat mana kiosk terdekat & dekat mana tandas terdekat.
Terbaekkk service dekat sini.

Dari kaunter gua ke kiosk terdekat untuk shoping bekalan makanan atas Train & Bas kemudian terus gerak ke Platform.

Seterusnya gua meneruskan perjalanan sejauh lebih kurang 300 kilometer dari Melbourne ke Swanhill...


Gua sharekan gambar-gambar dari atas Train yang sempat gua snap sepanjang perjalanan...

Lembu-lembu dipadang ragut... Tak de beza dengan lembu-lembu di Malaysia.

Biasa gua tengok mende-mende macam ni dal filem seram omputih je, 
Rumput berbelang-belang... Boleh nampak wap panas dari jauh.
Ladang Anggur... Seluas mata memandang...

Bersambung...

Tuesday, December 3, 2013

Chapter 6: Rezeki di Bumi Kanggaroo


Gua tau ramai pembaca yang tertunggu-tunggu tulisan gua dibawah tajuk dekat atas & gua tau, ramai yang bercita-cita nak mencari rezeki di Bumi Kanggaroo kalau berkemampuan & berkesempatan.

Beb... Sape x minat kerja dengan pendapatan lumayan mencecah AUD104 (RM312) sehari..?

Gua tertarik untuk untuk dapatkan kisah ni lepas gua tengok member gua disoal siat-siat selama hampir 3 jam oleh Imigresen di Lapangan Terbang Melbourne, Pegawai Perempuan tu cakap, dia syak member gua datang untuk bekerja.

Mesti ada yang best dekat situ & bila gua jumpa member gua di Melbourne, gua dapat cerita yang sangat-sangat menarik & gua berminat untuk ambik sikit pengalaman tu sendiri, kemudian kongsi dengan korang semua.

Woi... AUD104 (RM312) sehari tu beb..! Jadi Manager dekat Malaysia pun belum tentu dapat gaji sebanyak tu..!

Malam nanti gua detailkan Pengalaman gua... Sabar beb...


Bersambung...

Monday, December 2, 2013

Chapter 5: 4 Musim Sehari di Melbourne...

Hari ke-2 gua mendarat di Melbourne, gua teruskan kembara gua meninjau kelainan & keunikan Bandaraya di bawah pemerintahan bukan Islam...

Perbezaan waktu Melbourne dengan Malaysia ialah 3 jam. 3 jam Melbourne mendahului waktu Malaysia.
Waktu Solat Subuh dekat Melbourne ialah seawal jam 3:30 pagi & waktu syuruk lebih kurang jam 6:00 pagi... Maknanya waktu subuh di Melbourne lebih panjang berbanding di Malaysia.

Malam ke-2 gua berada di Melbourne, gua diterjah cuaca serendah 6 darjah celcius. Sejuk sampai ke tulang.

Gua teringat masa gua sembang dengan Pegawai Imigresen dekat airport tempohari. Dia bagi sikit tips untuk gua bila dia tau keperluan gua untuk update cuaca sebelum kemana2 bagi memudahkan kerja2 photography gua, katanya – “We have Crazy Weather here, anytime it’ll be raining, anytime it’ll be hot, anytime it’ll be hard win... So don’t expect that u’ll have a good weather anytime or anywhere... Wish u “Luck”.
Yup... Memang betul2 harapkan nasib je dekat sini.

Malam dibantai suhu serendah 6’, pagi dibantai angin sejuk, tengahari hujan lebat, petang panas matahari tapi dibayu angin sejuk... Nasib baik awal2 gua dah jinakkan diri gua dengan supplement Vitamin.

1 benda gua perhati dekat Bandaraya Melbourne, penggunaan kenderaan persendirian amat2 kurang. Kebanyakan Warga lebih senang menggunakan Public Transport & factor utamanya memang lu boleh tengok sebab apa.


Public Transport dekat sini sangat2 tersusun jadualnya & lu x payah tunggu lebih dr 10 minit untuk kemana2. Light Train, Bas, Teksi sentiasa ada dimana2 & paling best, ada perkhidmatan Kereta Kuda pusing Bandaraya Melbourne & Guidenya ialah para “Cowboy” & “Cowgirl”.

Warga Melbourne jugak gua tengok cenderung berbasikal kemana2 & perkhidmatan sewa Basikal di tengah Bandaraya Melbourne pun ada disediakan. Kalau dekat Malaysia gua ingat x tahan lama, paling lama 2 jam Basikal semua lesap kena curi dekat Mat Gian.


Faktor kebersihan jugak gua tengok sangat2 diambil berat Pihak Bandaraya Melbourne. Pekerja2 “Cleaner” sentiasa ada dimana2, kenderaan kecil pencuci jalan pun sentiasa mundar-mandir mencuci kaki lima jalanraya & jugak kaki lima kedai2 sekitar Bandaraya Melbourne.


Gua nak ambik kesempatan dekat sini masuk sikit bab “Politik”. Selama gua berada di Australia, gua x Nampak pun adanya longkang dimana2. Tapi dalam keadaan cuaca gila yang hujannya turun sukahati mak bapak dia je, air x pernah bertakung dimana2 kakilima atau jalanraya sekitar Bandaraya Melbourne.

Gua percaya adanya system saliran yang baik disini. Ada baiknya pihak Pemerintah Negara Malaysia terutama yang berkenaan dengan Jabatan Saliran buat lawatan & belajar macam mana Pihak Bandaraya Melbourne urus system saliran mereka.

Kedudukan Bandaraya Melbourne hampir dengan pantai, ada sungai tapi gua x pernah dengar Bandaraya Melbourne dinaiki air atau ada masalah takungan air di tepi2 jalan atau kakilima.

Ok bro... Dah nak masuk waktu Maghrib... Gua stop dekat sini dulu...


Bersambung...

Sunday, December 1, 2013

Chapter 4: Australia Lebih “Islamik” dari Negara Islam Malaysia.

Memang sebelum ke Australia lagi gua dah tanam dalam kepala otak gua nak buat survey kehidupan social di Negara bukan Islam & buat perbandingan dengan Negara Islam Malaysia.

Pertama sekali gua ambik kesempatan masuk ke 7E & perkara pertama gua buat bila gua masuk 7E ialah tuju ke peti jualan minuman dalam 7E.

Hampir 10 biji kedai 7E gua masuk & apa yang gua tengok, ada perbezaan ketara dengan 7E di Malaysia di mana semua 7E x de jual minuman beralkohol & dekat kaunter x de jual kondom.

Gua sempat sembang dengan 2-3 orang cashier, kebanyakannya warganegara Malaysia yang bekerja di Australia.

Undang2 & praktikal yang baik. Di Melbourne, jualan minuman keras secara terbuka adalah DILARANG SAMA SEKALI. Jualan minuman keras hanya dibenarkan di Permis2 yang 100% menjual minuman keras & kalau ada pelanggan nak mentekedarah minuman keras, SAMASEKALI x boleh minum di tempat terbuka KECUALI di tempat2 yang dikhaskan.

Kedai2 yang jual minuman keras akan bungkus minuman keras yang dibeli pelanggan dengan begitu rapi sekali sampai korang x kan tahu apa yang ada dalam bungkusan kertas atau plastik.

Paper Beg atau Plastik pembungkus pun x de langsung logo Minuman Keras untuk tujuan pengiklanan.
1 perkara lagi gua perhati selama 2-3 hari gua di Bandar Melbourne, lepas waktu maghrib kalau kita pusing2 Bandar Melbourne, kita x kan dengar bunti dentum2 Pusat Hiburan, Bar atau Disco sebagaimana kalau kita berada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Korang x kan senang2 jumpa Pusat Hiburan atau Disco. Kebanyakannya berada dalam Permis bawah tanah atau tingkat atas Kedai tanpa Signboard2 besar bagai untuk pengiklanan.

Dekat sini gua rasa malu jadi rakyat Malaysia yang pemerintahnya mengaku Malaysia adalah Negara Islam. Sembang je beb...

Bandar Melbourne adalah Bandar hidup. Waktu siang sibuk dengan manusia yang bekerja & jugak Tourist, waktu malam sibuk dengan Tourist yang x de tempat penginapan merayau2 kesana kemari.


Tapi sepanjang masa tu, gua x jumpa couple2 yang beromen dekat lokasi awam.Berbeza dengan Malaysia. Sepanjang masa, sentiasa ada couple2 yang bermanja2 dekat mana2 x kira tempat.

Nak x nak, gua terpaksa bersetuju bahawa Australia lebih “Islamik” dari Negara Islam Malaysia.

Bersambung...