Hari ni hari terakhir gua dekat sini. Tamatnya pengembaraan
pertama gua di Ladang Anggur. Banyak pengalaman berharga gua dapat dekat sini
dalam masa yang sangat singkat.
Gua dapat ramai kawan-kawan baru, gua belajar banyak perkara
baru, gua belajar hidup susah beribu batu dari Kampung Halaman gua, jauh dari
Keluarga & sahabat-sahabat seperjuangan.
Kalau dekat Malaysia, kebanyakan kita termasuk gua sendiri kadang-kadang
memandang hina pada Mat-Mat Bangla, Mat Indon, Myanmar & lain-lain
pendatang yang mencari rezeki di Bumi Malaysia... Dalam masa lebih kurang 3
minggu gua di Australia, pandangan gua sedikit berubah pada para Pendatang yang
betul-betul berhijrah mencari rezeki halal di Bumi Malaysia.
Gua & para perantau di Bumi Aussie akhirnya terpaksa
akui kekentalan semangat mereka bila mereka berhijrah jauh dari sanak-saudara,
mencari rezeki yang dijanji Allah di Bumi Asing. Kami mula memahami kesusahan
hidup mereka di tempat sendiri – “Hujan Emas Di Tempat Orang”.
Tinggalkan keluarga, anak-anak, isteri & yang tercinta
demi untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.
Tak de beza kehidupan para perantau dekat sini dengan
kehidupan Pendatang di Bumi Malaysia.
1 – Uncle
Jeff
Umur Uncle Jeff 52 tahun. Dekat perkampungan ni Uncle Jeff
dah jadi macam bapak kami.
Menarik tentang Uncle Jeff, berhijrah cari rezeki dekat sini
sebab nak tampung kos perubatan dia sendiri & tak nak menyusahkan anak cucu
di Kampung.
Uncle Jeff adalah pesakit jantung, sama level dengan TDM –
hidup bergantung pada “Bateri” & pertengahan tahun depan sampai masa untuk
tukar “Bateri”.
Tak kira cuaca sesejuk 4’ celcius atau sepanas 47’ celcius,
Uncle Jeff tetap bersama-sama kami melayan dingin & panas di Ladang memerah
keringat dengan harapan menggunung – balik ke Malaysia dengan sejumlah wang
untuk menampung kos perubatan diri sendiri & tidak menyusahkan sesiapa
termasuk keluarga sendiri.
2 – Anip
Anak muda dari Kedah, awal 20-an... Dekat kampong, aktif
bersukan, kaki bola.
Datang jauh sampai ke Australia sebab nak cari rezeki lebih.
“Saya dok Malaysia dari habis sekolah sampai la ni dok keja banyak tempat dah
bang, nama nak simpan duit memang mimpi ja... Tu yang ligan mai dok sini keja
macam Bangla... Tapi dok sini macam berbaloi la Bang... Keja macam Bangla pun
tak pa janji buleh simpan duit... Dok Malaysia keja mengalahkan Bangla kata nak
simpan seratoih sebulan pun tok sah dok mimpi la... Nak makan, sewa rumah itu
ini mahal bagai... Tak ghasa macam rakyat Malaysia la... Depa dok ataih mana
pikiaq susah kita, depa tau suruh kita berjimat jaaa... Yang depa sendiri
tiap-tiap hari tau “berjimak” ja keja... Cakap pandai”.
Hahaha...
3 – Ah
Hoo
Cina Segambut, awal 30-an... Dah 4 tahun bermastautin dekat
sini. Tinggalkan anak & isteri dekat Malaysia.
Gua pernah tanya Ah Hoo, “lu tak rindu dekat anak lu ke dah
4 tahun lu tak tengok diorang..?”. Ah Hoo termenung kejap, kemudian bangun
& terus masuk dalam cabin. Tu kali pertama & terakhir gua tanya soalan
tu.
Waktu kerja gua selalu perhatikan cina ni, memang dia bantai
keringat dia gila-gila time kerja, waktu rehat ontime dia berhenti untuk makan,
lepas tu sambung balik kerja sampai supervisor bagi isyarat masa untuk balik.
Tak de istilah “cuti” dalam kamus hidup Ah Hoo. Gua pernah
tanya kenapa dia datang jauh cari duit dekat sini, Dia Cuma jawab soalan gua
dengan senyum.
Gua rasa dia ada sebab peribadi & mungkin jugak datang
sini sebab dah tak Nampak peluang untuk berdikari di Malaysia & sebab tu
Cuma dia sorang je yang tau.
Cina ni rapat dengan semua perantau dekat sini tak kira
bangsa apa... “Kita semua manusia maaa... Ini Bumi Allah bikin kasi semua orang
duduk baik-baik kawan-kawan tolong-tolong semua orang. Bukan gaduh-gaduh”.
Bagusnya cina Ah Hoo ni, dia rajin tanya waktu sembahyang
pukul berapa. Harap 1 hari nanti dia diberi Hidayah oleh-Nya.
4 – Salim
India Muslim dari Penang. Akhir 30-an. Pendiam... Waktu
lepak ramai-ramai tak pernah berbunyi suara, senyum memang tak lepas dari mulut.
Mudah berkawan dengan sesiapa pun, Cuma memang tak banyak
cakap.
Waktu kerja pun tak banyak cakap. Tau-tau kerja dah siap.
5 – Superman
Kami panggil mamat ni “Superman” sebab masa kami pindah
cabin lain dekat tempat baru, ada sekeluarga Mat Saleh kebetulan tinggal dekat
cabin baru.
Mat Saleh ni Cuma tinggal berdua dengan anak dia. Nama Mat
Saleh ni Ghaz & anak dia memang cun melecun. Mat Saleh ni & anak dia ada
bela 3 ekor anjing, Nam, Billy & yang sekor lagi gua tak tau nama apa.
Nak jadi cerita, hari pertama kami pindah, masa ramai-ramai
dok cuci kitchen, anjing-anjing Ghaz bergaduh sesame sendiri dekat luar
kitchen, anak Ghaz yang cun melecun cuba nak leraikan anjing-anjing tu, tapi
sebab tersilap langkah, anak Ghaz sendiri pulak jadi mangsa kena gigit dekat
Nam yang tingginya paras pinggang gua.
Nasib baik “superman” ada, dengan pantasnya “superman”
berlari pergi dekat tempat anjing-anjing & jugak anak Ghaz yang cun melecun
& dengan “Gagah Perkasanya” superman angkat anjing bernama Nam yang
beratnya gua tak tau berapa puluh kg seraya melepaskan gigitan Nam pada tangan
anak Ghaz & terus bawak Nam jauh dari anak Ghaz.
Anak Ghaz Cuma cedera ringan je... Kalau tak de “superman”,
gua tak tau la macam mana tangan anak Ghaz, mesti lunyai kena mamah dekat
anjing tu.
Masa kejadian tu, bini “superman” tengok je dari jauh sambil
cekak pinggang.
Nak dijadikan cerita pulak, 2 hari lepas tu bini “superman”
pulak kena kacau dek anjing Ghaz, tapi kami semua kecewa sebab masa kejadian,
“superman” langsung tak kelihatan walaupun bini “superman” & kami
ramai-ramai menjerit panggil “superman”.
Bini “superman” akhirnya diselamatkan oleh “supervisor”
kami, sorang cina tua yang umurnya lebih 50 tahun... Hampehhh...
Hero Melayu memang macam tu kot...
Hari ni, 20hb. Disember, 2013 – Bini “superman” disahkan
hamil anak sulung lepas beberapa tahun menunggu. Tahniah beb...
Gua..?
Gua akan teruskan pengembaraan gua di Bumi Kanggaroo... Tak tau
lagi kemana arah tujuan gua lepas ni... New South Wales..? Midura..?
Canberra..? Adelaide..? Goldcoast..? Sydney..? Tazmania..?
Tunggu...
Banyak lagi pengalaman gua dekat sini akan gua kongsikan
dengan semua pembaca... Ada masa gua akan update Travelog gua di Bumi
Kanggaroo... Doakan keberkatan kami disini...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment