“Bro... Lu kena datang cepat bro... Lu duduk Malaysia lu
kerja macam babi, gaji 4-5k belum tentu lu dapat simpan duit, overhead dekat
Malaysia sebulan tinggi, sewa rumah burung merpati mahal, makan minum mahal,
tol, parking, blab la bla awek make-up, gincu, handbag blab la bla... Lu kerja
dekat sini bodoh-bodoh kerja kutip epal, kutip anggur pun gaji lu paling
bangang AUD13 - AUD15 sejam... Sehari lu kerja 8 jam lu dah dapat paling kurang
AUD104 – AUD120 lu convert RM dah berapa bro..? RM312 – RM360 sehari bro,
sebulan kalau lu rajin kerja, lu cuti sehari je tiap-tiap minggu lu dah dapat
dekat RM9,000.00 bro...!!!”.
Korang mesti biasa dengar offer-offer macam tu kan..? Mesti
biasa sangat kalau berhubung dengan ejen-ejen yang bagi gua sekadar “Lintah
Darat” & selayaknya gua gelar golongan ni sebagai golongan “Kapitalis” yang
hidupnya mentekedarah duit orang lain untuk kesenangan diri sendiri.
Kebanyakan ejen tak pernah jujur dengan korang... Yang ni
nak kena beringat... Ada yang habis hampir RM10,000.00 dengan harapan yang
sangat-sangat tinggi nak ubah kehidupan yang susah di Malaysia kepada kehidupan
yang lebih baik di Australia.
Ramai yang berhutang dengan ahli keluarga, sahabat handai,
kawan-kawan & lebih parah lagi, ada jugak yang berhutang dengan “Along” di
Malaysia semata-mata nak datang ke Australia lepas terpengaruh dengan golongan
“Kapitalis” yang lebih pentingkan diri sendiri.
Hakikatnya, bila dah habiskan modal yang banyak dekat ejen,
sampai dekat Australia, ramai yang gagal dapatkan pendapatan macam yang
dijanjikan.
Sepanjang gua dekat sini, dah ramai yang gua jumpa jadi
mangsa dalam terpaksa. Kerja yang dijanjikan tak semacam yang diceritakan.
Kadang-kadang bukan salah ejen, kebanyakannya salah diri
sendiri sebab tak dapatkan maklumat yang tepat dengan ejen atau malas nak cari
info yang tepat, bulat-bulat percayakan ejen. Yang ni pun nak kena paham...
Kebanyakan ejen berurusan dengan ramai orang, jadi ejen-ejen dah malas nak
cerita secara detail selagi kita tak tanya.
Kerja kutip anggur atau kutip epal bukan berjalan setiap
masa dalam setahun... Nak kena tahu bila musim mngutip, nak kena tahu bila
“season”. Silap season, masuk ladang kena cabut daun, trim buah anggur yang
gajinya Cuma sebanyak 30-55sen SAHAJA sepokok. Jumlah tu bukan sikit, tapi tak
seperti yang lu harapkan kalau dibandingkan dengan “Angan-Angan” ribu-ribu
sebulan.
Kalau nak kerja di Australia, terutama kalau berhubung
dengan ejen, banyak perkara lu kena ambik tau... Kena tanya secara detail kerja
dekat ladang apa, ladang sayur atau ladang buah, kalau ladang buah, nak kena
tau sekarang musim apa, sama jugak kalau ladang sayur... Kalau silap tarikh
atau masa, memang tak boleh bikin duit.
Makan modal. Kerja tak banyak, sewa rumah kena bayar, makan
minum nak kena fikir semua skali.
Ada jugak ejen-ejen jenis pemalas...
Yang ni gua ringkaskan...
Ejen-ejen jenis pemalas ni kebanyakan kerjanya Cuma
“tersadai” di cabin-cabin dalam ladang-ladang & bergayut pada kederat
mana-mana kontraktor yang ada... Tak de usaha nak cari lebih banyak kontraktor
yang ada contact dengan lain-lain tuan punya ladang selain ladang anggur.
Overhead nak kena keluar setiap hari macam yang gua sebut
tadi... Duit makin sikit, jadi untuk cover overhead, aa-adakan cerita konon-konon
ladang nak pakai pekerja, “cucuk” mana-mana yang berminat dengan janji-janji
manis yang gua sebut dekat atas sekali.
Yang mana “kurang cerdik”, terpengaruh... Bayar duit dekat
ejen, datang Australia & akhirnya “tersadai & menganggur” di ladang anggur.
Ejen pulak buat bodoh lembu je.
Ramai yang kena macam ni... Terpedaya sebab kesilapan diri
sendiri...
Jadi jangan ghairah sangat...
Pendapatan macam yang gua sebut dekat atas sekali memang ada
dekat Australia... Tapi kena pandai cari, bukan semua ladang & bukan semua
season lu boleh dapat buat duit dekat sini... Ada musim-musim tertentu lu Cuma
dapat kumpul ngam-ngam dengan overhead lu dekat sini TAPI, kalau lu jenis
rajin...
Setiap masa lu kerah keringat lu, memang akan jadi duit
& ianya sangat-sangat lumayan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment