Masa gua sampai ke tempat penginapan dalam ladang di Robinvale,
hari dah hampir gelap. Pekerja-pekerja ladang semua dah balik ke tempat
penginapan masing-masing.
Dekat sini ada beberapa lokasi penginapan... Ada yang
tinggal dalam “Caravan”, ada yang tinggal dalam “Cabin” & ada yang tinggal
dalam Rumah. Gua..? Gua pilih untuk tinggal dalam “Cabin”.
Ternyata apa yang ada dalam kepala otak gua sebelum ni jauh
tersasar dari reality yang ada depan mata gua sekarang. Sebelum datang gua
terbayangkan kehidupan dekat sini bersama Mat-Mat Saleh, cakap omputih
bersepai-sepai bla bla bla blab la...
Tempat gua tinggal semuanya ada 2 Cabin dengan 8 bilik. 1
bilik dikongsi 4 orang. Jadi dengan gua sekarang semuanya ada 32 orang Warganegara
Malaysia. Hahaha...
Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Johor, Perlis, Penang,
Melaka – Melayu, Cina & India semua cukup. 1Malaysia. Phui... Ada 3
pasangan suami isteri, 2 melayu & 1 india. Dalam masa singkat dah mesra
macam 1 keluarga besar di perantauan.
Yang pastinya, semua datang sini untuk cari rezeki.
Dekat sini, orang keluar masuk dah jadi perkara biasa... Ada
yang x tahan dengan kerja, pagi kerja, esok balik atau keluar dari sini, ada
yang dapat cerita-cerita bagus sebelum sampai tapi bila dah sampai, realitinya
x sama, tak sempat pergi kerja, angkat beg terus blah.
Banyak ragam dekat sini. Hampir 2 minggu gua dekat sini, gua
rasa macam gua dah pusing 1Malaysia walapun gua berada di Perantauan. Mana
taknya, macam-macam karenah manusia dekat sini.
Yang bagusnya, dekat sini... Masalah bangsa atau agama tak
de. India, Cina, Melayu semua bergaul macam 1 keluarga. Kalau ada masalah,
pakat-pakat selesaikan.
2-3 hari awal gua dekat sini, gua seronok dengar
cerita-cerita sahabat-sahabat baru. Ada Bekas Pegawai Bank, ada Bekas
Contractor Kelas A, ada Bekas Pakar IT di Cyberjaya & Putrajaya, ada Bekas
Pemandu Teksi, ada Bekas Kru Filem, ada Bekas Best Student di Pusat Pengajian
Tinggi di luar Negara Malaysia, ada Bekas Pelajar Universiti Al-Azhar... Boleh
cakap, kebanyakan yang datang sini bukan calang-calang orang di Malaysia...
Sebab datang cari rezeki dekat sini..?
“Habis belajar 2 tahun saya dok menganggur bang, hutang
PTPTN ada dekat RM60k, apply kerja pakai sijil yang ada tak pernah dapat, yang
dapat pun gaji diorang bayar murah sangat bang, nak bayar PTPTN pun tak lepas...”
“Abang tak tahan dok Malaysia dik... Kos Sara Hidup tak
sepadan dengan gaji... Dekat Malaysia abang kerja macam babi, tapi bila dapat
gaji, nak beli makanan babi pun tak mampu dik...”
Tu antara luahan Perantau dari Malaysia di Negara
Kanggaroo...
Gua terpaksa bersetuju dengan kata-kata Bekas Pegawai Bank
berbangsa India tadi...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment