Dalam nukilan-nukilan gua sebelum ni, gua dah kongsikan
banyak cerita best & lebih banyak cerita tak best pengalaman gua berada
dalam kelompok Buruh Ladang Anggur. Gua dapat terlalu banyak respon “positif”,
ramai yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Pekerjaan Buruh di Ladang
Anggur.
Hari ni gua nak huraikan secara lebih detail keadaan dalam
Ladang Anggur, Situasi sebenar yang dihadapi pekerja-pekerja dalam Ladang
Anggur. Ada Pro & ada banyak Kontra.
Tempat
Tinggal
Majoriti Ejen atau Kontraktor menempatkan para Pekerja
Ladang Anggur dalam Cabin-Cabin atau Caravan-Caravan yang disewa oleh mereka di
sekitar kawasan & juga dalam kawasan Ladang Anggur yang mana mereka
mendapat Kontrak & juga Sub. Hanya sebahagian kecil antara mereka yang
mempunyai rumah sewa untuk para pekerja... Tengok pada lokasi... Kalau kawasan
pedalaman, jangan harap akan ada rumah sewa, kalau dekat dengan Bandar, 50-50.
1: Cabin
Cabin ada 2 size... 10x10kaki (4 orang pekerja) & 8x10kaki
(2 orang pekerja). Kalau “peak time”, kadang-kadang kena berkongsi ramai-ramai
dalam 1-1 masa – Lelaki & perempuan bercampur-campur, tapi still boleh
“runding” bagi yang beragama Islam & juga pasangan suami isteri.
Kemudahan dalam Cabin – Aircond & juga heater, Katil
Double Decker, Tilam, Almari & juga 2 Plug Electric.
Aircond – Kalau nasib baik, dapat yang jenis “Tip-Top
Condition”... Kalau nasib tak baik, Cuma boleh guna penyejuk SAHAJA atau HEATER
sahaja. Kipas memang tak de. Aircond dah jadi keperluan utama dekat sini. Malam
terlalu sejuk, jadi perlukan Heater, Siang pulak kadang-kadang panas melampau,
jadi perlukan Penyejuk.
Katil – Standard double decker jenis besi “area”,
pantang bergerak je memanhg bergegar kepala otak lebih-lebih lagi kalau lu
ambik katil atas... Kalau ambik katil atas, pergerakan kena jaga, setiap
gerakan perlu dilakukan dengan amat berhati-hati & beserta dengan “Hikmat
Meringankan Badan”.
Banyak kes, kawan yang duduk katil bawah kena hempap dekat
kawan yang duduk katil atas sebab besi bawah tilam tak dapat menahan gerakan
melampau terutama gerakan-gerakan yang melebihi 0.5 skala ritcher...
Hahaha...
Tilam – Standard tilam cap ayam... Ada tilam ke tak
de tilam ke perasaannya tetap sama. Tilam cap ayam dekat sini terbukti lebih
“haram jadah” kualitinya berbanding tilam cap ayam dekat Malaysia. Syukur
Malaysia masih Aman...
Tahap kekematuan bontot korang kalau duduk atas tilam, tak
de beza dengan duduk atas simen. Tapi kira ok la dari tak de tilam langsung...
Kalau nasib baik, dalam tilam yang agak berkualiti ala-ala Tilam Ziana Zain.
Tah brand apa gua tak tau, tapi memang berat... Jangan mimpi nak angkut sorang-sorang...
Tak kan larat.
Almari – Gua rasa lagi layak panggil “Rak” je kot,
sebab gua tak jumpa lagi yang ada pintu... Boleh katakana semua almari dah
bogel, tak de pintu. Almari yang ada dalam Cabin ni kira ok la bagi gua...
Boleh muat semua pakaian & keperluan lu dekat situ... Kalau barang tak
banyak, banyak spaces akan terbiar kosong.
Yang bagusnya, almari dalam Cabin dipaku terus dekat dinding
Cabin... Jadi jangan mimpi nak ubah-ubah lokasi. Kelebihannya, lu letak la
banyak mana pun barang dekat almari tu, dia tak kan senget macam almari bujang
di Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...
Plug Elektrik – Ni pun nak kena cerita ke..? Blah la
lu...
2: Caravan
Luas Caravan tak tentu... Ada yang kecik & ada jugak
yang besar... Nasib korang dapat yang mana. Bilangan “penduduk” dalam Caravan
pun lebih kurang dengan Cabin.
Kemudahan yang ada dalam Caravan pun lebih kurang sama
dengan Cabin. Yang berbeza Cuma “harga sewa”.
Harga sewaan Cabin & jugak Caravan tak sama... Setiap
satunya berbeza... Tengok atas tokey korang la dia nak cekik korang ke tak.
Paling murah AUD70 seminggu seorang & paling mahal AUD85 seminggu untuk
seorang.
Kemudahan Dapur & Tandas untuk lelaki & perempuan
ada disediakan disemua lokasi penempatan tak kira Cabin atau Caravan. Jamban
jenis duduk tapi ada jugak hamlau yang bantai menyangkung atas jamban... Tak
leh nak cakap apa... Tisu memang sentiasa sedia berkhidmat dalam jamban, tak
yah susah-susah cari paip untuk “pembersihan etnik” lepas melabur sebab – This
is Aussie. Mat Saleh mana reti basuh berak..!
Sila bawa botol air kalau nak melepas hajat.
3: Rumah
Bagi golongan yang bernasib baik, dapatlah merasa kenikmatan
tinggal dalam rumah.
Kemudahan dalam rumah memang Tip Top. Fully Furniture. HDTV
48 inchi, DVD Player, Home Theathre System, Sofa, Carpet, Set Kerusi Makan blab
la bla... Senang cerita, standard rumah sewa dekat sini ada kemudahan penuh
macam rumah Mak-Mak Datin & Dato-Dato dekat kawasan Elit di Malaysia.
Hanya sebahagian rumah sewa sahaja tak de kemudahan penuh
tapi tetap lagi best dari rumah sewa Mahal di Malaysia. Syukur Malaysia masih
Aman...
Sewa Rumah..? AUD100 seminggu untuk setiap seorang. Kira ok
la beb...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment