“Besok pagi jam 5:30 semua mesti standby ahhh...”... Tu
pesan Supervisor sebelum kami tidur.
Pagi jam 3:45 Supervisor kejutkan semua pekerja, yang
ditugaskan memasak, bertungkus lumus memasak dekat Kitchen, yang lain ikut
giliran mandi dalam cuaca dingin serendah 9’ celcius.
Jam 4:10 minit masuk waktu Solat Subuh, pakat-pakat Solat
Subuh. Tepat jam 5:30 van dah sampai untuk pickup kami ke Ladang.
Paling lewat, jam 6:00 pagi semua pekerja dah masuk ke
Ladang... Tokey Ladang yang kami panggil “Stone Cold” terjegat siap nak bagi
arahan apa kerja yang kami perlu buat untuk hari tu.
Maka bermulalah pengalaman baru gua dari Photojournal ke
Buruh Ladang...
Kerja pertama gua di Bumi Kanggaroo ialah “Trimming” buah
Anggur.
Setiap “Bunch” Anggur mesti ditrim supaya tak “serabai”
& jadi “sejambak” macam yang dijual di pasaraya-pasaraya.
Untuk “beginner” macam gua, supervisor tugaskan 2 orang
untuk buat 1 row... “Row”..?
Gua kasi sikit detail...
“Bunch of grapes” merujuk kepada “setangkai anggur”.
“Row” merujuk kepada “Barisan Pokok”.
Setiap “row” mengandungi lebih kurang 80-125 pokok anggur.
Jadi gua & partner gua kena trim buah anggur dalam 1
row, gua trim sebelah kanan row, partner gua trim sebelah kanan row. Setiap
bunch diperiksa 1 persatu & tak leh tertinggal untuk trimming. Kalau
Supervisor tengok ada yang tertinggal, korang kena start balik dari awal row.
Dekat sini ada percanggahan maklumat. Ada ejen yang janjikan
gaji “hourly” pada bakal pekerja yang deal dengan ejen. Pengalaman gua dekat
sini, untuk kerja trimming, TAK KAN ADA PAYMENT IKUT HOURLY.
Untuk kerja-kerja trimming buah, kami dibayar paling rendah
30sen sepokok & paling tinggi 55sen sepokok. Untuk “beginner” macam gua,
paling tinggi Cuma dapat siapkan 1 ROW SAHAJA sehari... Lepas dah biasa, paling
lama seminggu pengalaman kerja, korang dah boleh bantai paling kurang 3 row
sehari dengan partner korang... Kalau dah pro, paling kurang sorang boleh
siapkan 3 row sehari.
Kerja trimming buah tak penat, Cuma terus terang gua cakap,
badan gua tak cukup kuat nak lawan cuaca yang tak menentu. Lu bayangkan, lu
bangun jam 3:45 pagi, mandi dalam cuaca sejuk serendah 9’ celcius... Sejuk
sampai ke tulang.
Awal gua sampai gua mandi air panas, tapi gua perasan, lepas
mandi air panas, lu keluar je dari pancutan air panas, badan lu akan
menggeletar sebab kesejukan cuaca menggigit. 2-3 hari hidup gua terseksa dengan
kesejukan pagi...
Masuk hari keempat, gua try tahan mandi air sejuk direct
dari paip... Sejuknya memang macam ais, menggigit sampai ke tulang... Tapi tak
lama lepas tu gua dah biasa, badan gua dah jadi normal, tak menggeletar lagi
dengan kesejukan pagi.
Praktikalnya, lu kena ajar jinakkan badan lu dengan
kesejukan & tak sampai setengah jam, lu akan jadi “Iceman”, setakat 9’
celcius – pedehal..? Hahaha...
Tu bab cuaca pagi... Masuk jam 11:00 pagi, matahari mula
terpacak atas kepala, nasib lu baik kalau angin sepoi-sepoi bahasa, lu boleh
kerja dengan pakaian biasa macam lu kerja dekat Malaysia. Tapi kalau lu kena
cuaca gila, matahari terpacak atas kepala, 24-32’ celcius tapi angin sejuk menggila
sekuat 25-45km/j, glove & jacket tebal tak kan mampu nak tolong lu.
Hingus meleleh pun lu tak kan sedar beb...
Pendek kata, cabaran paling teruk dekat sini bukan “kerja”,
tapi lebih kepada “cuaca”.
Tokey Ladang jugak tak kan benarkan korang bekerja kalau
cuaca hujan atau terlalu panas. Bukan sebab dia kesian dekat lu, yang tu lu
kena paham... Tokey Ladang lebih sayangkan tanaman dia dari korang. Dia tau
kalau korang kerja dalam hujan atau panas melampau, tanaman dalam ladang akan
jadi mangsa keadaan.
Hahaha...!!!
TAMAT segmen “Chapter”, tunggu segmen seterusnya “RACUN”.
![]() |
Waktu rehat... |
No comments:
Post a Comment