
Suasana dekat sini memang lengang tak macam dekat Malaysia.
Nampak macam Bandar Mati. 2-3 hari gua dekat sini gua tengok suasana lengang
macam ni adalah perkara normal disini.
Gua kemudiannya naik bas untuk ke Pekan Robinvale... Bas dekat sini tak de beza dengan bas-bas dekat Malaysia. Kalau beza pun, cara pemanduan. Dekat sini, pemandu-pemandu ikut law & sangat-sangat punctual.
Sampai masa bas gerak, dia akan gerak.
Setengah jam lepas bas bergerak, pemandu bas berhentikan bas
di 1 Pump Station yang ada restoran. Pemandu bas maklumkan bas berhenti untuk
rehat & makan-makan selama setengah jam. Pemandu bas mintak semua penumpang
turun & lepas semua penumpang turun, enjin bas dimatikan & pintu bas
dikunci rapat.
“Assalamu’alaikum... Abang dari Malaysia ek..?”, tiba-tiba sorang
budak tegur gua dari belakang. Gua jawab salam budak kemudian yak an soalan
dia.
Budak tu kemudian bangun & duduk sebelah gua.
Macam-macam cerita gua dapat dari budak tu. Menarik. Budak tu dah “overstay”
dekat Aussie lebih dari setahun. Banyak pengalaman dia sempat kongsi dengan gua.
Bab kerja-kerja ladang buah, ladang sayur, Bandar & sekarang budak tu dalam
perjalanan ke Midora.
Dekat sini dah jadi kebiasaan kalau mana-mana perantau
sentiasa bertukar-tukar tempat kerja & biasanya perantau akan berhijrah
bila dah habis “season” atau musim di mana-mana ladang tempat mereka bekerja.
Sejam setengah perjalanan, banyak info & pengetahuan
yang gua dapat. Dapat kawan baru & sedar tak sedar, bas dah sampai ke Pekan
Robinvale.
Gua kemudiannya call member yang gua dah contact sebelum ni maklumkan gua dah sampai Pekan Robinvale. 5 minit kemudian, member tadi sampai dengan sorang Contractor. Gua kemudiannya dibawak ke sebuah Pasaraya IGA berdekatan untuk beli barang-barang keperluan.
Belanja lebih kurang AUD40 dah dapat bekalan makanan untuk
tempoh lebih kurang seminggu.
Gua kemudiannya dibawa ke tempat penginapan. Sebelum tu gua
dibawak pusing-pusing ke kawasan ladang. Ikut perbualan gua dengan contractor
yang ambik gua, dekat kawasan ni ada 1 Syarikat pemilik ladang terbesar di
Robinvale... Luasnya ladang milik Syarikat tu lebih dari 3,500 ekar.
Pergh... Lebih kurang luas Bandar Kemaman, Terengganu beb...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment