Pengalaman gua dekat Ladang Anggur bagu gua sangat-sangat
berguna & sikit sebanyak dapat bantu sahabat-sahabat yang berhajat nak
berhijrah mencari rezeki di Ladang Anggur.
Pertama yang selalu dibangkitkan tiap kali gua menulis
tentang pengalaman gua di ladang anggur – “Bro... Lu yakin ke Ladang Anggur
tempat lu kerja tu tak produce anggur untuk buat arak..? Kalau Ladang Anggur tu
produce anggur untuk bikin arak, automatic semua yang kerja dekat situ dapat
sikit saham akhirat & rezeki tak berkat bro... Rezeki HARAM..!”.
Terima kasih atas persoalan tu...
Memang bila gua mendarat dekat sini, itu yang mula-mula gua
survey... Gua berkesempatan bersembang dengan salah sorang Mat Saleh yang kerja
dekat sini & pernah memiliki Ladang Anggur sendiri.
Soalan cepumas gua dijawab dengan begitu detail sekali oleh
Mat Saleh tu...
Ikut penerangan Mat Saleh tu, Ladang Anggur dekat kawasan
sekitar Robinvale Cuma produce buah-buahan untuk makanan SAHAJA. Pertama, anggur
untuk produce arak atau “Wine” lebih kecil buahnya tetapi sangat-sangat manis.
Pokoknya pun tak ditanam dalam 1 barisan panjang macam yang kami tengok dekat
sini.
Pokoknya ditanam sepohon-sepohon & cara penjagaannya tak
serumit menjaga buah anggur untuk dibuat makan-makan. Buahnya tak perlu di “trimming”,
daun-daunnya tak perlu dicabut bila buah dah nak masak & pokok-pokok anggur
tersebut tak perlu dibuat “covering” untuk melindungi buah anggur dari terik
matahari.
Kesimpulannya, kalau lu dapat offer kerja dekat ladang
anggur, senang je lu nak tau rezeki lu nanti HALAL atau HARAM, cukup dengan lu
pancing tukang offer tu dengan pertanyaan – berapa bayaran untuk buat trimming
buah, berapa bayaran untuk cabut daun & berapa bauaran untuk buat covering.
Kalau semua soalan lu tu tukang offer boleh jawab siap sebut bila musim-musim
untuk buat semua kerja-kerja tu, In Shaa Allah rezeki lu nanti HALAL &
diberkati-Nya...
“Pertanian itu Ibadah”, kerja dalam bidang pertanian adalah
Ibadah. Pahalanya berganda, berbakti pada Bumi & 1 hari nanti In Shaa
Allah, bumi Allah akan melindungi kita kembali.
Pengalaman gua dekat Ladang Anggur jugak menjelaskan bahawa
kerja di Ladang Anggur TIDAK AKAN MENJANJIKAN pulangan yang lumayan macam yang
diwar-warkan oleh kebanyakan ejen.
Musim terbaik untuk lu buat duit dekat Ladang Anggur ialah
bila tiba musim “covering” & “Picking”.
Cuma untuk musim “covering”, lu kena kental... Kalau
semangat & tenaga tak kuat, mintak maaf banyak-banyak, baik lu stay dekat
Malaysia tunggu bantuan BR1M. TAPI, kalau lu kental & nekad nak bikin duit,
badan mesti mau “fit” (bukan isap fit@dadah bro, kang gua sepak kang..!)...
Musim “covering”, kalau lu kental, lu boleh dapat habuan
seminima AUD120 sehari, TAPI mesti mau cari ejen atau kontraktor yang bagus,
kalau tak... Tenaga lu habis gitu je kena “pakai” dek ejen atau “kontraktor”
jenis LINTAH DARAT.
Musim “Picking”, kalau kena dengan ejen atau kontraktor, lu
boleh dapat habuan lebih... Biasanya bayaran paling tinggi untuk kerja-kerja “picking”
ialah sebanyak AUD2.50 & bayaran paling rendah ialah sebanyak AUD1.80
sekotak... Kalau badan PERKASA, cuba bikin minimum 100 kotak sehari. Lu akan
dapat gaji yang lebih tinggi dari Manager Bank di Malaysia.
Selain dari musim “covering” & “Picking”, kalau lu
datang dekat Ladang Anggur, lu akan jadi Penganggur Terhormat Di Ladang Anggur.
Hari ni gua cerita Ladang Anggur je, esok-esok gua cerita
Ladang lain pulak.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment