Monday, January 13, 2014

Lensa 2: "Shrine Of Remembrance"

Gua kongsi beberapa keping gambar masa gua jalan-jalan dekat "Shrine Of Remembrance"...

Ni gambar gua la...
Pintu masuk bawah tanah ke Monumen...
Masa gua sampai, masa dah lewat... Guide semua dah balik... Jadi gua tak tau sebab apa nama Malaya boleh ada dekat sini...

Katanya obor ni tak pernah dipadamkan sejak dinyalakan pada tahun 1954.



Ini yang bagus dekat oversea... Kalau nak minum, sentiasa ada air percuma & boleh diminum begitu sahaj dengan jaminan tak kan kena apa-apa penyakit.
Gua lupa la apa nama bunga ni...
Antara Mini Monumen yang ada...
Perkhidmatan Kereta Kuda bukan setakat dalam Monumen sahaja, lu boleh ronda sekitar Bandar Melbourne dengan Kereta Kuda... bayaran..? Entah...

Racun 7: Musim Menuai Dah Tiba

Sekarang dah masuk musim “picking” dekat Ladang-Ladang Anggur sekitar Australia & ni jugak masa terbaik untuk para “Ejen” buat duit. Hampir semua pekerjaan di setiap Ladang-Ladang Buah-Buahan & Sayur-Sayuran di Australia pada masa ni menjanjikan pulangan yang lumayan buat para pekerja ladang.


Human Traffic di setiap Lapangan Terbang terutamanya yang berhampiran dengan Melbourne iaitu Adelaide pun makin bertambah. Gua dengar cerita tiap-tiap hari ada je Warga Malaysia dihantar balik ke Malaysia sebaik saja mendarat di Aussie. Ada banyak jugak kes yang lepas masuk ke Aussie tapi tak sampai seminggu, kena angkut dek Imigresen & dihantar terus balik ke Malaysia.

Australian Imigration dah pandai ikut pendatang ke lokasi pekerjaan & angkut lebih ramai lagi pekerja di Ladang-Ladang sebelum dihantar balik ke Negara asal.

Untuk yang berhasrat nak cari rezeki dekat Aussie, gua harap masing-masing dapatkan tips-tips dari ejen-ejen atau kawan-kawan yang dah berada dekat Aussie untuk bekalan bila sampai dekat sana. Jangan ambik mudah dengan semua pesanan yang member-member & ejen-ejen bagi.

Nak pergi sana, bukan pakai modal 2-3 posen, paling kurang mesti nak kena ada RM6k. Kalau tak cukup bekalan, buang gitu je RM6k.

Jangan jugak terlalu ghairah simpan angan-angan tinggi dapat gaji macam yang ejen-ejen ceritakan sebelum pergi sebab kenyataannya tak seperti yang disampaikan.

Gua tengok, makin banyak blog, website & facebook yang tawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang sangat-sangat menarik dekat sana. Bagi gua, semua tu tak masuk dek akal berdasarkan pengalaman gua.

Nak dapat pendapatan macam yang ejen ceritakan bukan perkara mudah. Nak kena sabar, nak kena kuat. Kalau yang lemah semangat atau yang cepat putus asa, baik tak payah berangan sebab pengalaman pertama yang akan korang dapat dekat sana ialah “seksa”.

Tak percaya..? Tanya kawan-kawan yang dah sampai dekat sana.

Kalau nak cerita bagus macam dekat syurga, rujuk pada ejen... Kalau nak cerita sebenar susah payah dekat sana, rujuk pada kawan-kawan yang tak de kepentingan & betul-betul kesana untuk bekerja...


Bersambung...

Friday, December 27, 2013

Racun 6: “Hakikat Sebuah Kehidupan” – Part 2

Bila sebut je Kerja dekat Aussie, mesti semua terbayang sebuah kehidupan Sosial ala-ala Mat Saleh... 

Bangun pagi breakfast – Scrambelled Eggs, Red Bean, Sweet Corn, Green Bean, Pancake atau sekurang-kurangnya Tuna Sandwich... Lunch – Burger, Pizza... Dinner – Steak. Hujung minggu, pakai baju sejuk tebal-tebal – pusing Bandar cuci mata tengok Minah-Minah Saleh, window shoping... THIS IS AMAREKA...!!! (OZ la tu...)

Hakikatnya tak sama dengan yang korang bayangkan...

Kehidupan hebat ala-ala “Western Union” tu memang ada dekat sini, tapi bukan dekat semua tempat... Kalau kerja dekat Bandar, yes – tu lah kehidupan korang...

Nak kerja dekat Bandar, korang nak kena ada “Working Visa” atau sekurang-kurangnya “Student Visa”. Nak apply “Working Visa” makan masa paling kurang 6 bulan... Ada yang cecah sampai bertahun, tengok pada kelayakan, kebolehan & jugak rezeki... Kalau kena dengan kelayakan, kebolehan & jugak rezeki, akan ada mana-mana Syarikat yang minat nak pakai pekerja selesaikan semua tu.

“Student Visa”..? Daftar belajar dekat mana-mana Pusat Pengajian dekat Aussie... Registration nak kena standby paling kurang AUD3,000.00.

Once lu dah dapat “Working Visa” atau “Student Visa”, korang dah boleh cari kerja dekat mana-mana tempat yang korang minat. Jangan lupa, kena bayar 35% tax pada Australian Government. Tapi bagi gua, dengan tangga gaji yang korang dapat, 35% Government Tax kecik je dengan apa yang korang dapat. Dekat sini bukan semua benda korang boleh dapat Free Of Charge. Banyak nak kena bayar, tapi – It’s Wordth It.

Mula-mula gua sampai Aussie, gua sempat buat survey dalam Bandar Melbourne, gua jumpa lebih kurang 15 orang dari Malaysia yang kerja dekat kedai-kedai dalam Bandar Melbourne & majority mereka dibayar sebanyak AUD13 sejam... Kerja 8 jam sehari... Kos makan dekat Bandar Melbourne paling tinggi AUD50 kalau makan tahap Mangsa Kebuluran, jadi separuh gaji pun tak habis untuk makan, minum dan lain-lain.

Bukan nak kutuk, tapi kenyataan – Dekat Malaysia, majority yang kerja dapat lebih kurang RM20 – RM50 sehari... 3 kali makan dekat kedai, transport, tol, parking blab la bla... Balance..? Kadang-kadang tak padan dengan gaji. Kerja dekat Malaysia jarang dapat simpan duit, boleh jugak kalau gua cakap, majority yang bekerja dekat Malaysia “terpaksa” bekerja sebab nak hidup, kerja dalam keadaan tertekan, dapat gaji, kira hutang... Nak simpan..? In Shaa Allah...

Tu untuk yang kerja secara Legal... kalau kerja dengan cara Illegal, tak de visa..? – Gua rasa PATI dekat Malaysia lebih beruntung dalam hal ni.

Kita boleh tengok PATI dekat Malaysia kadang-kadang kehidupan mereka lebih baik dari Warganegara Malaysia sendiri. Duduk rumah kongsi, percuma, ada yang bukak tanah haram kemudian buat penempatan sendiri, Imigresen, Polis atau mana-mana Penguatkuasa datang – Bagi sampul surat, selesai.

Hujung minggu boleh meronda segenap ceruk Negara Malaysia, naik Komuter penuh dengan PATI, Pasar Malam penuh dengan PATI meniaga, Uptown – Downtown pun geng-geng PATI boleh cari makan tanpa risau pada Penguatkuasa. Boleh cakap, majority PATI yang ada dekat Malaysia “cuci tangan” lepas dapat gaji, atau meniaga. Penguatkuasa hanya muncul “beberapa ketika sahaja”, selain dari tu – Hayun apa yang patut dalam Pejabat.


Penjara Terbuka

Dalam kembara gua, gua pernah stay dekat 1 penempatan pekerja Ladang dari Malaysia... Kehidupan dekat sana gua anggap “unexpected”. 24 jam kehidupan Cuma dalam kawasan Cabin sahaja. Nak keluar mana-mana susah sebab tak de transport & penempatan jauh dari Bandar. Kalau keluar pun berhadapan dengan risiko kena tangkap Polis atau Imigresen.

Ada kawasan yang Penguatkuasaan berjalan 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun sampai Majikan dekat kawasan tu keluarkan arahan berkurung seawal jam 9:00 malam – Semua barangan tak boleh ada dekat luar cabin atau caravan, lampu & semua Air-cond WAJIB ditutup (Cabin atau Caravan mesti dilihat seperti “kosong/tak de penghuni)  sebab takut diserbu Imigresen.

Tiap-tiap minggu paling kurang 5 orang kena tangkap & terus dihantar balik ke Negara asal. Kebanyakannya, ditahan dalam Van masa dalam perjalanan ke Bandar untuk beli barang-barang keperluan.

Kalau hari bekerja kira ok la jugak duduk dalam keadaan macam tu, tapi ada masa-masanya tak de kerja sampai 2-3 minggu... Korang bayangkan 2-3 minggu “terkunci” dalam kawasan Cabin. Masa gua dekat penempatan tu, sorang Pakcik pernah tanya gua – “Engkau tak rasa duduk sini macam duduk dalam Penjara ke..? 3-4 hari lepas Pakcik tu bagi gua soalan tu, Pakcik tu balik Malaysia lepas 3 minggu berada di Aussie sebab tak tahan dengan cara hidup ala-ala “Penjara” dekat sini.

Tu 2 perbezaan Kehidupan Sosial dekat sini... Kalau ada “Working Visa” atau “Student Visa”, memang korang akan rasa kehidupan ala-ala Barat, tapi kalau korang tak de salah 1 antara 2 visa tu, korang akan rasa kehidupan ala-ala “MELARAT”...

Kalau korang betul-betul paham apa gua tulis dekat atas, korang akan Nampak dalam kehidupan kerja secara “Illegal”, ada 2 level... Bukan semua kehidupan mereka macam dalam Penjara. Ada ramai lagi yang menikmati kehidupan yang sama & kadang-kadang lebih bahagia dari yang ada 2 visa tu.

Yang tu nanti gua cerita dalam entri gua yang akan datang.

Kehidupan Sosial

Kehidupan Sosial dekat sini memang Sosial Gila. Kalau nak berjudi atau mabuk-mabuk, boleh call mana-mana Club, transport akan datang ambik korang dimana sahaja korang berada & habis berjudi, menang atau kalah, ada transport akan hantar korang balik di mana saja korang nak & it’s “FREE OF CHARGE”.

Kaki Ganja... Ganja dekat sini dibenarkan, boleh simpan stok untuk kegunaan sendiri... Setiap rumah dibenarkan tanam 1 Pokok Ganja SAHAJA dalam 1-1 masa. Boleh cakap, kebanyakan Mat Saleh ada simpan Ganja dalam Poket atau Kotak Rokok.


Sebelum makan, kebanyakan Mat Saleh sedut Ganja & setakat ni gua tak de jumpa lagi Mat Saleh stim Ganja macam Melayu Stim Ganja... Tak de yang stim tahap Penagih Dadah.

Makanan & Minuman

Nak cari makanan halal dekat sini tak de masalah... Cuma ada beberapa tempat yang populasi penduduk beragama Islamnya rendah, memang ada masalah... Kadang-kadang je boleh jumpa bahan mentah halal tu pun setakat Kambing je... Tapi gua rasa tak de masalah sebab bekalan ikan tak pernah putus.

Kalau nak masak, kena pandai-pandai reka resepi baru sebab bahan masakan dekat sini tak sama dengan apa yang kita ada dekat Malaysia... Tapi kalau pandai cari, tak de masalah kalau setakat nak masak kari atau nasik lemak.

Buah-buahan, jarang pekerja dekat sini keluarkan belanja sendiri untuk beli buah-buahan sebab bekalan buah-buahan sentiasa ada di sekeliling tempat kerja & jugak cabin. Segar dari ladang.


Bersambung...

Thursday, December 26, 2013

Racun 5: “Hakikat Sebuah Kehidupan” – Part 1

Dalam nukilan-nukilan gua sebelum ni, gua dah kongsikan banyak cerita best & lebih banyak cerita tak best pengalaman gua berada dalam kelompok Buruh Ladang Anggur. Gua dapat terlalu banyak respon “positif”, ramai yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Pekerjaan Buruh di Ladang Anggur.

Hari ni gua nak huraikan secara lebih detail keadaan dalam Ladang Anggur, Situasi sebenar yang dihadapi pekerja-pekerja dalam Ladang Anggur. Ada Pro & ada banyak Kontra.

Tempat Tinggal

Majoriti Ejen atau Kontraktor menempatkan para Pekerja Ladang Anggur dalam Cabin-Cabin atau Caravan-Caravan yang disewa oleh mereka di sekitar kawasan & juga dalam kawasan Ladang Anggur yang mana mereka mendapat Kontrak & juga Sub. Hanya sebahagian kecil antara mereka yang mempunyai rumah sewa untuk para pekerja... Tengok pada lokasi... Kalau kawasan pedalaman, jangan harap akan ada rumah sewa, kalau dekat dengan Bandar, 50-50.

1: Cabin

Cabin ada 2 size... 10x10kaki (4 orang pekerja) & 8x10kaki (2 orang pekerja). Kalau “peak time”, kadang-kadang kena berkongsi ramai-ramai dalam 1-1 masa – Lelaki & perempuan bercampur-campur, tapi still boleh “runding” bagi yang beragama Islam & juga pasangan suami isteri.

Kemudahan dalam Cabin – Aircond & juga heater, Katil Double Decker, Tilam, Almari & juga 2 Plug Electric.

Aircond – Kalau nasib baik, dapat yang jenis “Tip-Top Condition”... Kalau nasib tak baik, Cuma boleh guna penyejuk SAHAJA atau HEATER sahaja. Kipas memang tak de. Aircond dah jadi keperluan utama dekat sini. Malam terlalu sejuk, jadi perlukan Heater, Siang pulak kadang-kadang panas melampau, jadi perlukan Penyejuk.

Katil – Standard double decker jenis besi “area”, pantang bergerak je memanhg bergegar kepala otak lebih-lebih lagi kalau lu ambik katil atas... Kalau ambik katil atas, pergerakan kena jaga, setiap gerakan perlu dilakukan dengan amat berhati-hati & beserta dengan “Hikmat Meringankan Badan”.

Banyak kes, kawan yang duduk katil bawah kena hempap dekat kawan yang duduk katil atas sebab besi bawah tilam tak dapat menahan gerakan melampau terutama gerakan-gerakan yang melebihi 0.5 skala ritcher... 

Hahaha...

Tilam – Standard tilam cap ayam... Ada tilam ke tak de tilam ke perasaannya tetap sama. Tilam cap ayam dekat sini terbukti lebih “haram jadah” kualitinya berbanding tilam cap ayam dekat Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Tahap kekematuan bontot korang kalau duduk atas tilam, tak de beza dengan duduk atas simen. Tapi kira ok la dari tak de tilam langsung... Kalau nasib baik, dalam tilam yang agak berkualiti ala-ala Tilam Ziana Zain. Tah brand apa gua tak tau, tapi memang berat... Jangan mimpi nak angkut sorang-sorang... Tak kan larat.

Almari – Gua rasa lagi layak panggil “Rak” je kot, sebab gua tak jumpa lagi yang ada pintu... Boleh katakana semua almari dah bogel, tak de pintu. Almari yang ada dalam Cabin ni kira ok la bagi gua... Boleh muat semua pakaian & keperluan lu dekat situ... Kalau barang tak banyak, banyak spaces akan terbiar kosong.

Yang bagusnya, almari dalam Cabin dipaku terus dekat dinding Cabin... Jadi jangan mimpi nak ubah-ubah lokasi. Kelebihannya, lu letak la banyak mana pun barang dekat almari tu, dia tak kan senget macam almari bujang di Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Plug Elektrik – Ni pun nak kena cerita ke..? Blah la lu...


2: Caravan

Luas Caravan tak tentu... Ada yang kecik & ada jugak yang besar... Nasib korang dapat yang mana. Bilangan “penduduk” dalam Caravan pun lebih kurang dengan Cabin.

Kemudahan yang ada dalam Caravan pun lebih kurang sama dengan Cabin. Yang berbeza Cuma “harga sewa”.

Harga sewaan Cabin & jugak Caravan tak sama... Setiap satunya berbeza... Tengok atas tokey korang la dia nak cekik korang ke tak. Paling murah AUD70 seminggu seorang & paling mahal AUD85 seminggu untuk seorang.

Kemudahan Dapur & Tandas untuk lelaki & perempuan ada disediakan disemua lokasi penempatan tak kira Cabin atau Caravan. Jamban jenis duduk tapi ada jugak hamlau yang bantai menyangkung atas jamban... Tak leh nak cakap apa... Tisu memang sentiasa sedia berkhidmat dalam jamban, tak yah susah-susah cari paip untuk “pembersihan etnik” lepas melabur sebab – This is Aussie. Mat Saleh mana reti basuh berak..!

Sila bawa botol air kalau nak melepas hajat.

3: Rumah

Bagi golongan yang bernasib baik, dapatlah merasa kenikmatan tinggal dalam rumah.

Kemudahan dalam rumah memang Tip Top. Fully Furniture. HDTV 48 inchi, DVD Player, Home Theathre System, Sofa, Carpet, Set Kerusi Makan blab la bla... Senang cerita, standard rumah sewa dekat sini ada kemudahan penuh macam rumah Mak-Mak Datin & Dato-Dato dekat kawasan Elit di Malaysia.

Hanya sebahagian rumah sewa sahaja tak de kemudahan penuh tapi tetap lagi best dari rumah sewa Mahal di Malaysia. Syukur Malaysia masih Aman...

Sewa Rumah..? AUD100 seminggu untuk setiap seorang. Kira ok la beb...


Bersambung...

Tuesday, December 24, 2013

Racun 4: Kerja 4 Hari - AUD458 (RM1,344)


Hari ni gua terima gaji gua untuk kerja-kerja “covering”... Kerja paling pada pandangan gua dalam Industri Ladang Anggur... Rujuk Artikel gua bertajuk “Hijrah 2: Hari Pertama Covering” (http://welcome2dhell.blogspot.com.au/2013/12/hijrah-2-hari-pertama-covering.html).

Untuk kerja-kerja covering selama 4 hari, gua terima bayaran sebanyak AUD458. Convert duit Malaysia – RM1,346.00. Gua puas hati dengan hasil titik peluh gua & gua rasa bayaran yang gua terima sangat-sangat berbaloi dengan tenaga & titik peluh yang gua keluarkan.

Hilang sakit badan gua sebaik saja gua terima gaji gua. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan-Nya.

Hari pertama buat covering, gaji dikira lump-sump... Se-ekar, kami dibayar sebanyak AUD170... Hari pertama kami bantai buat covering atas Ladang seluas 9 ekar. Jadi kami terima bayaran sebanyak AUD1,530.00 & dibahagi 12 (12 orang dalam team kami)... Jadi setiap seorang dari kami terima bayaran sebanyak AUD127.50 (RM374.90).

Hari kedua buat covering kami sempat buat untuk 6 ekar sahaja sebab cuaca terlalu panas (41’ celcius). Jadi setiap kami Cuma terima bayaran sebanyak AUD85 sahaja (RM250.00).

Hari ketiga, kami buat aduan pada kontraktor sebab x puas hati dengan kerja beberapa orang dalam team kami yang kami kira “lembab”, rasa tak adil, buat kerja lembab tapi terima bayaran sama banyak dengan kami yang lanyak kerja macam orang gila... Jadi untuk hari ketiga, kontraktor setuju untuk bayar kami secara kontrak. 1 pokok kami dibayar sebanyak 22sen.

Setiap dari kami cari partner masing-masing... setiap team Cuma ada 2 orang sahaja... Setiap team akan lanyak sebanyak mungkin row untuk dapat duit lebih... Gua dengan partner gua “Superman” berjaya buat rekod peribadi & kalahkan team lain... Kami bantai buat 1045 batang pokok untuk hari ketiga... Jadi kami terima bayaran sebanyak AUD229.9 & dibahagi 2... Total setiap sorang dari kami dapat AUD114.95 (RM338.00).

Selebihnya AUD129.75 gua dapat untuk hari keempat gua buat covering...

Lumayan beb... Alhamdulillah syukur kepada Allah...


Bersambung...

Monday, December 23, 2013

Racun 3: “Semuanya Beres...!”

Ejen: “Transport, Tempat Tinggal, Kerja semua dah standby... Semuanya dah beres... Kira lu sampai je, boleh terus start kerja. Kalau lu rajin, hari ni sampai, esok boleh terus start kerja, kalau lu nak rehat dulu sehari pun tak de hal... Lu sampai, lu rehat sehari, esoknya baru lu start kerja”.

“Sekarang Cuma nk confirmation dari lu, nak stay dekat rumah, dalam cabin atau dalam caravan..? Kalau stay dekat rumah, sewa dalam AUD100-120 seminggu, Cabin AUD70-85 seminggu, Caravan paling murah... AUD70 je seminggu... Lu nak yang mana..? Gua nak booking untuk lu”.

Perantau: “Bagi gua yang murah skali la... Caravan... Sebab modal gua tak banyak... Lagipun gua datang dengan wife gua... Kira dalam caravan tu gua stay dengan wife gua je... Esok-esok income dah stabil baru gua decide balik nak pindah dekat rumah ke, cabin atau nak stay dalam caravan”.

Ejen: “Orait... Lu bankin dulu deposite dekat gua AUD100, gua nak bayar deposite rumah, balance lu bayar dekat gua bila lu sampai sini nanti”.

Tu antara conversation akhir antara kebanyakan ejen & bakal perantau.

Ni yang gua sebut “Janji Manismu”.

Hakikatnya

Sampai dekat Aussie, ikut guide yang ejen bagi... Sampai dekat tempat yang dijanji – “Indah Khabar Dari Rupa”.

Kata ejen, buat masa ni, lu stay dekat sini dulu, cabin dengan caravan dalam proses “upgrade”. Dalam seminggu lagi siap.


Ada banyak kes yang datang berpasangan – Suami & Isteri, terpaksa tinggal dalam 1 cabin seluas 10x10 kaki bersama dengan 4 lagi perantau lelaki. Lu bayangkan macam mana pasangan suami – isteri beragama Islam duduk berhimpit dalam 1 cabin sempit dengan 4 lagi perantau.

Macam mana nak hidup macam manusia normal..? Mandi, tukar baju, tidur, rehat blab la bla... Gua tak rasa keadaan tu “sukar” sangat bagi anak jantan. Tapi gua rasa ramai yang setuju kalau gua cakap, keadaan tu jadi “tak sukar” sebab “terpaksa”. Gua yakin 100%, kebanyakan yang terkena akan Nampak ejen tu “kecik” je... Kalau dekat Malaysia memang dah lama ejen makan pakai “straw”.

Gua bernasib baik, tak datang melalui ejen... Datang melalui kenalan & bila sampai dekat sini, terus duduk bawak kontraktor... Tapi sempat jugak merasa jadi “mangsa ejen”.

Kes gua unik sikit... Gua datang melalui kenalan gua, gua langsung tak de berhubung dengan mana-mana ejen baik masa gua di Malaysia, ataupun bila gua dah sampai ke Aussie... Gua Cuma berhubung dengan kenalan gua SAHAJA. Sampai dekat Robinvale pun yang pick-up gua ialah kontraktor yang ada dekat sini yang mana kenalan gua bekerja dibawahnya.

Tau-tau ada sorang ejen mengaku yang gua adalah “budak dia”. Tak perlu gua sebut nama. Tahap kencingan ejen tu pun bagi gua langsung tak terpercik ke muka gua sebab gua cepat dapat tau & terus gua setelkan dengan kontraktor yang pick-up gua masa gua mula-mula sampai... Jadi dalam masa tak sampai seminggu gua berjaya selamtkan diri gua dari jadi mangsa kencingan ejen.

Kehidupan ala-ala “PATI” di Malaysia yang gua cerita tadi berterusan selama beberapa minggu... Ada pasangan yang “balik awal” ke Malaysia sebab “kecewa” dengan “Janji Manis” ejen... Ramai lagi perantau yang ambik keputusan sama “Balik Awal” ke Malaysia lepas melalui pengalaman pertama yang agak “mengerikan”.

Ramai lagi perantau yang terus terkena dengan ejen sebaik saja mendarat ke bumi Aussie.

Gua dengar banyak cerita dari member-member yang gua jumpa di merata tempat yang gua jelajah... Ada 3 budak perempuan datang, salah sorang dari mereka dah bergelar ibu... Tinggalkan anak yang masih dalam buaian dengan harapan nak cari rezeki lebih di Aussie.

Tapi sebab salah cari ejen, sebaik saja mendarat di Bumi Aussie, terus tak dapat contact ejen... Mendarat di Gold Coast & hidup dalam keadaan terumbang ambing hampir seminggu tak tau mana nak pergi... Duit belanja yang dibawa dari Malaysia hampir RM4000 habis gitu je untuk tambang sebab ikut “wrong information” yang diberi oleh ejen sebelum sampai ke Bumi Aussie... Akhirnya balik ke Malaysia dengan bantuan kenalan-kenalan baru di Aussie yang simpati.

Ada berpuluh-puluh lagi kes, perantau kena kencing dengan “janji manis” – “Lu sampai je boleh terus start kerja”... Padahal bila sampai je, kerja tak ada... berhari-hari & kadang-kadang, berminggu-minggu tersadai dekat tempat berteduh... Dalam keadaan tu, duit asyik keluar je, credit nak kena sentiasa ada sebab sambil-sambil menganggur di ladang anggur, kena survey tempat kerja lain... Mana tau nasib baik... Perut mesti nak kena isi tiap-tiap hari, sewa cabin memang nak kena bayar tak kira lu kerja ke tak kerja.

Parah...

Kalau yang bernasib baik sikit macam gua, ada la sikit kerja... Tapi bukan tiap-tiap hari... Ada masanya dalam seminggu, 2 hari je kerja... Jadi waktu kerja yang “singkat” tu kami bantai kerja mengalahkan PATI dekat Malaysia sebab nak tamping kos hidup untuk hari-hari kami menganggur di ladang anggur.

Tu pengalaman paling berharga. Macam mana nak survive dalam keadaan lu duduk jauh dari kawan-kawan & keluarga lu di Malaysia. Duduk dekat sini kena ingat, anything happened to you – Orang lain bukan tak nak tolong, tapi kena faham, masing-masing kita berada jauh beribu batu dari keluarga, jadi bantuan yang mampu diberi – “sekadar mampu sahaja”. Jangan ambik hati dalam bab tu.

Bab kerja yang dijanji dengan bayaran AUD13 sejam paling murah – Lu simpan dalam kepala lu sampai bila-bila – Tanam Tebu di Tepi Bibir. Macam slogan “Janji Ditepati” Barisan Nasional. Langsung tak de beza.

Semua yang gua cerita dekat atas adalah apa yang berlaku Ladang Anggur sekitar Robinvale. Kalau tempat lain, ceritanya tak “Seneraka” ni. Rezeki ada dimana-mana. Itu janji Allah pada Hamba-hamba-Nya.

Member-member gua yang datang dengan gua semua dah tinggalkan Robinvale dengan 1001 kenangan pahit. Kalau lu tanya apa khabar Robinvale, lu akan dengar jawapan – “Aku dah tinggalkan kenangan di Robinvale & sekarang aku dah mulakan hidup baru ditempat baru”.

Sebab tu gua mulakan Pengalaman gua di Ladang Anggur Robinvale dengan kata-kata – “Welcome To The Hell” walaupun pada awalnya member gua tak setuju dengan gua.

Dalam tak setuju, member gua dah buktikan kata-kata gua dengan tidak terus tinggal di Robinvale tetapi memulakan hidup baru ditempat baru.

Bersambung...

Friday, December 20, 2013

Racun 2: Penganggur Terhormat Di Ladang Anggur

Pengalaman gua dekat Ladang Anggur bagu gua sangat-sangat berguna & sikit sebanyak dapat bantu sahabat-sahabat yang berhajat nak berhijrah mencari rezeki di Ladang Anggur.

Pertama yang selalu dibangkitkan tiap kali gua menulis tentang pengalaman gua di ladang anggur – “Bro... Lu yakin ke Ladang Anggur tempat lu kerja tu tak produce anggur untuk buat arak..? Kalau Ladang Anggur tu produce anggur untuk bikin arak, automatic semua yang kerja dekat situ dapat sikit saham akhirat & rezeki tak berkat bro... Rezeki HARAM..!”.

Terima kasih atas persoalan tu...

Memang bila gua mendarat dekat sini, itu yang mula-mula gua survey... Gua berkesempatan bersembang dengan salah sorang Mat Saleh yang kerja dekat sini & pernah memiliki Ladang Anggur sendiri.

Soalan cepumas gua dijawab dengan begitu detail sekali oleh Mat Saleh tu...

Ikut penerangan Mat Saleh tu, Ladang Anggur dekat kawasan sekitar Robinvale Cuma produce buah-buahan untuk makanan SAHAJA. Pertama, anggur untuk produce arak atau “Wine” lebih kecil buahnya tetapi sangat-sangat manis. Pokoknya pun tak ditanam dalam 1 barisan panjang macam yang kami tengok dekat sini.

Pokoknya ditanam sepohon-sepohon & cara penjagaannya tak serumit menjaga buah anggur untuk dibuat makan-makan. Buahnya tak perlu di “trimming”, daun-daunnya tak perlu dicabut bila buah dah nak masak & pokok-pokok anggur tersebut tak perlu dibuat “covering” untuk melindungi buah anggur dari terik matahari.

Kesimpulannya, kalau lu dapat offer kerja dekat ladang anggur, senang je lu nak tau rezeki lu nanti HALAL atau HARAM, cukup dengan lu pancing tukang offer tu dengan pertanyaan – berapa bayaran untuk buat trimming buah, berapa bayaran untuk cabut daun & berapa bauaran untuk buat covering. Kalau semua soalan lu tu tukang offer boleh jawab siap sebut bila musim-musim untuk buat semua kerja-kerja tu, In Shaa Allah rezeki lu nanti HALAL & diberkati-Nya...

“Pertanian itu Ibadah”, kerja dalam bidang pertanian adalah Ibadah. Pahalanya berganda, berbakti pada Bumi & 1 hari nanti In Shaa Allah, bumi Allah akan melindungi kita kembali.

Pengalaman gua dekat Ladang Anggur jugak menjelaskan bahawa kerja di Ladang Anggur TIDAK AKAN MENJANJIKAN pulangan yang lumayan macam yang diwar-warkan oleh kebanyakan ejen.

Musim terbaik untuk lu buat duit dekat Ladang Anggur ialah bila tiba musim “covering” & “Picking”.

Cuma untuk musim “covering”, lu kena kental... Kalau semangat & tenaga tak kuat, mintak maaf banyak-banyak, baik lu stay dekat Malaysia tunggu bantuan BR1M. TAPI, kalau lu kental & nekad nak bikin duit, badan mesti mau “fit” (bukan isap fit@dadah bro, kang gua sepak kang..!)...

Musim “covering”, kalau lu kental, lu boleh dapat habuan seminima AUD120 sehari, TAPI mesti mau cari ejen atau kontraktor yang bagus, kalau tak... Tenaga lu habis gitu je kena “pakai” dek ejen atau “kontraktor” jenis LINTAH DARAT.

Musim “Picking”, kalau kena dengan ejen atau kontraktor, lu boleh dapat habuan lebih... Biasanya bayaran paling tinggi untuk kerja-kerja “picking” ialah sebanyak AUD2.50 & bayaran paling rendah ialah sebanyak AUD1.80 sekotak... Kalau badan PERKASA, cuba bikin minimum 100 kotak sehari. Lu akan dapat gaji yang lebih tinggi dari Manager Bank di Malaysia.

Selain dari musim “covering” & “Picking”, kalau lu datang dekat Ladang Anggur, lu akan jadi Penganggur Terhormat Di Ladang Anggur.


Hari ni gua cerita Ladang Anggur je, esok-esok gua cerita Ladang lain pulak.


Bersambung...