Sekarang dah masuk musim “picking” dekat Ladang-Ladang
Anggur sekitar Australia & ni jugak masa terbaik untuk para “Ejen” buat
duit. Hampir semua pekerjaan di setiap Ladang-Ladang Buah-Buahan &
Sayur-Sayuran di Australia pada masa ni menjanjikan pulangan yang lumayan buat
para pekerja ladang.
Human Traffic di setiap Lapangan Terbang terutamanya yang
berhampiran dengan Melbourne iaitu Adelaide pun makin bertambah. Gua dengar
cerita tiap-tiap hari ada je Warga Malaysia dihantar balik ke Malaysia sebaik
saja mendarat di Aussie. Ada banyak jugak kes yang lepas masuk ke Aussie tapi
tak sampai seminggu, kena angkut dek Imigresen & dihantar terus balik ke
Malaysia.
Australian Imigration dah pandai ikut pendatang ke lokasi
pekerjaan & angkut lebih ramai lagi pekerja di Ladang-Ladang sebelum
dihantar balik ke Negara asal.
Untuk yang berhasrat nak cari rezeki dekat Aussie, gua harap
masing-masing dapatkan tips-tips dari ejen-ejen atau kawan-kawan yang dah
berada dekat Aussie untuk bekalan bila sampai dekat sana. Jangan ambik mudah
dengan semua pesanan yang member-member & ejen-ejen bagi.
Nak pergi sana, bukan pakai modal 2-3 posen, paling kurang
mesti nak kena ada RM6k. Kalau tak cukup bekalan, buang gitu je RM6k.
Jangan jugak terlalu ghairah simpan angan-angan tinggi dapat
gaji macam yang ejen-ejen ceritakan sebelum pergi sebab kenyataannya tak
seperti yang disampaikan.
Gua tengok, makin banyak blog, website & facebook yang
tawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang sangat-sangat menarik dekat sana.
Bagi gua, semua tu tak masuk dek akal berdasarkan pengalaman gua.
Nak dapat pendapatan macam yang ejen ceritakan bukan perkara
mudah. Nak kena sabar, nak kena kuat. Kalau yang lemah semangat atau yang cepat
putus asa, baik tak payah berangan sebab pengalaman pertama yang akan korang
dapat dekat sana ialah “seksa”.
Tak percaya..? Tanya kawan-kawan yang dah sampai dekat sana.
Kalau nak cerita bagus macam dekat syurga, rujuk pada
ejen... Kalau nak cerita sebenar susah payah dekat sana, rujuk pada kawan-kawan
yang tak de kepentingan & betul-betul kesana untuk bekerja...
Bersambung...