Thursday, November 28, 2013

Chapter 1: Welcome To the Hell...!!!


“Welcome To the Hell” – Tu ungkapan terbaik sebaik saja lu jejak kaki lu ke Benua Kanggaroo terutamanya kalau lu mendarat di Lapangan Terbang Melbourne.


Bagi yang berhajat nak mencari nafkah dekat Australia, jangan cepat sangat terpedaya dengan cerita-cerita & janji-janji manis ejen dekat sini (Australia) ataupun Malaysia.

Boleh jugak kalau gua cakap, kebanyakan ejen adalah Dinasour-Dinasour yang bijak “Menanam Tebu Di Tepi Bibir”. X kira la ejen tu member rapat sekalipun.

Banyak berlaku kes-kes “terpencil”, warga Malaysia datang ke Australia dengan “cita-cita & janji-janji manis” pendapatan sebanyak AUD104 (-+RM312) – AUD120 (-+RM360) sehari akhirnya hanya mampu mengaut sekadar AUD25 (-+RM75) saja sehari.

Dalam masa beberapa hari ni, gua berada di Benua Kanggaroo menimba Pengalaman baru & gua akan berkongsi pengalaman gua dengan seramai mungkin pembaca untuk kebaikan kita bersama.

Tu kisah bagi yang berminat untuk mencari rezeki dekat Australia... Bagi yang nak bercuti, gua bagi banyak Bintang. Australia penuh dengan lokasi-lokasi terbaik untuk Percutian samada dengan Keluarga, Solo atau Honeymoon terutama bagi yang baru melangsungkan Perkahwinan.

Yang penting – RM.


Sekadar Mukaddimah. Yang lain gua akan cerita dalam tulisan gua yang seterusnya.
Post a Comment