Saturday, November 30, 2013

Chapter 3: Welcome To Melbourne...

2 orang beruniform biru muda tu kemudian panggil gua & tegur gua kemudian bersalam dengan gua. X de la berlagak sangat macam Pegawai2 bawahan tadi.

Gua rasa standard dekat mana2 kot Pegawai bawahan lagaknya lebih dari Pegawai atasan.

Gua lupa apa nama Pegawai atasan tu tapi bila sembang dengan dia, gua x rasa gua dengan member gua Penjenayah.

Dia tanya khabar gua, berapa hari gua datang sini, apa plan gua dekat sini, sebab apa gua pilih Melbourne sebagai Destinasi gua, ada kenalan ke x de dekat sini, apa pekerjaan gua dekat Malaysia & paling banyak dia tanya pasal member gua 2 orang tu.

Penat jugak menjawab.

Tapi semua masalah selesai x sampai 15 minit lepas gua sembang dengan Pegawai tu...

Di akhir cerita, gua dimintak jadi translator untuk terangkan apa masalah sampai member gua kena soal siat-siat begitu sekali.

Gua ringkaskan bab Imigresen tadi & akan gua detailkan dalam tulisan gua yang akan datang sebagai “Guideline” pada sesiapa yang berminat nak cari rezeki di Aussie Insya-Allah.

Selesai dengan Imigresen, gua dengan member gua terus ambik Teksi tuju ke Hostel yang gua dah booking sebelum datang ke Aussie.

Cuaca masa gua sampai lebih kurang 17 darjah celcius.

Boleh tahan sejuk.

Kebanyakan Pemandu Teksi di Melbourne adalah Geng2 “Negro”.

Tambang dari Airport ke Bandar Melbourne boleh tahan mahal... AUD60, lebih kurang 20km.

Boleh tahan kan..?

Sampai dekat Hostel, jam baru pukul 3 pagi waktu Melbourne, silap gua terlalai masa booking Hostel...

Gua lupa gua dah menjelajah Benua & gua jugak lupa nak calculate jam ikut waktu Melbourne, kelalaian gua menyebabkan gua dengan geng gua tersadai depan Hostel selama 12 jam.

Sebabnya, gua booking untuk 28hb. November, jam 2pm...

Bilik pulak full booked, Cuma nasib baik Hostel tu ada sediakan Locker untuk simpan Backpack gua & member2 gua.

Kalau x mampus dok pikul beg keliling Bandar.

Masalah hostel memang x leh selesai, Polis dekat Bandar Melbourne pun siap tolong gua cari hostel untuk sementara tapi semua dah fullbocked. Last skali Polis tu offer gua dengan member gua tumpang Locked Up Balai sambil gelak... Haram jadah... Hahaha...

Sekarang masalah perut lapar pulak. Nasib baik x jauh dari Balai Polis ada 1 Kedai “Kebab Halal”, milik warga Pakistan... Awal pagi layan Kebab Kambing memang sedap.


Selesai masalah perut lapar, gua pusing2 Bandar, dekat sini burung camar berlambak tengah town.

Jumpa 7E gua beli Starter Pack Simcard. AUD2 je pun... Terus Top-up AUD30.

Bersambung.
Post a Comment