Friday, November 29, 2013

Chapter 2: You Are Not Welcome Here – Australian Imigration


Sampai di Lapangan Terbang Melbourne, pertama sekali kena hadap Imigration Security Check.

Ni pengalaman pertama gua berdepan dengan 1 sistem pemeriksaan yang cukup-cukup ketat.

Gua datang dengan 2 orang member gua yang baru pertama kali merantau jauh. Pertama kali naik Kapal Terbang & gua rasa pengalaman pertama ni dah jadi mimpi ngeri member gua.

Pemeriksaan Imigration dekat sini x sama dengan Negara-Negara lain yang pernah gua pergi.

Gua pernah ke Singapore, Thailand, US & China. Gua pun pernah bersembang dengan member-member yang pernah ke Negara lain terutama Negara-Negara bergolak tapi gua x pernah dengar Pengalaman macam yang gua & 2 orang member gua dapat di Melbourne, Australia.

Lepas pemeriksaan Passport, gua pick-up luggage gua. 3 beg semuanya gua bawak. 1 backpack, 1 beg kamera & 1 beg laptop.

2 orang member gua masing-masing bawak 1 beg setiap sorang.

Seterusnya gua & member gua diminta untuk masuk ke 1 lorong khas.

Gua bajet, gua sendiri akan berdepan dengan masalah sebab gua paling banyak bawak barang.

Sampai dekat Checkpoint, datang sorang Minah Saleh Cun Melecun berpakaian seragam Imiration panggil member gua untuk ikut dia.

Pengalaman gua, lu dalam masalah besar kalau berdepan dengan mana-mana Pegawai Wanita yang cun melecun & beruniform x kira dalam Negara mana sekalipun.

Member gua dibawak ke 1 kaunter pemeriksaan lebih kurang 10 meter di depan gua, soal siat-siat bermula.

Macam-macam Minah Saleh tu tanya.

Dari mana, apa tujuan datang ke Melbourne, sape plan percutian, datang Melbourne nak kemana, apa perancangan datang ke Melbourne, ada kenal sesiapa di Melbourne, kerja apa di Malaysia, dah kawin ke belum bla bla bla bla bla...

Gua rasa member gua dah di Suspect sebagai Terrorist x pun Pengebom Berani Mati.

2 orang member gua di soal siat-siat selama hampir 2 jam oleh Imigration.

Habis segala buku & nota di belek sehelai-sehelai termasuk Al-Qur’an.

Gua ingat Minah Saleh tu dah Khatam 30 juzuk kalau dia baca Al-Qur’an tu. Handphone member gua di periksa, mesej, whatsapp, wechat, line, facebook semua diperiksa & gua x tau entah menatang hape dicari.

Barang-barang peribadi member gua 1 persatu di x-ray termasuk pakaian yang dipakai.

Kasut, Baju, Jam, HP, Beg, Buku, Kasut, Stokin, Seluar & semua barang-barang peribadi di X-Ray 1 persatu & x de 1 barang pun yang terlepas dari mesin X-Ray Imigration Melbourne Airport.

Dalam jarak 10 meter gua perhatikan je 2 orang member gua di soal siat-siat sampai akhirnya datang sorang pegawai yang tingginya hampir 6 kaki panggil gua untuk giliran gua.

Peliknya gua Cuma disoal selama lebih kurang 5 minit saja & 3 biji beg gua langsung x digeledah, hanya sekadar di X-Ray sekali lalu saja.

Selebihnya gua habiskan masa gua bersembang dengan Pegawai Imigration tu selama lebih kurang sejam sambil tunggu member gua di soal siat-siat.

Pegawai yang check-up gua agak Friendly kalau nak dibandingkan dengan Minah Saleh & sorang lagi Pegawai tadi.

Masa gua dihabiskan dengan dengar celoteh Pegawai tadi bercerita pengalaman di ke Kuala Lumpur.

Sempat jugak gua tanya dia “Is it a normal procedure for a visitor in Aussie..”, jawab Pegawai tu cukup ringkas – “I don’t know what they’re lockin for... For me, i have no reason to waste my time bullying a tourist. I’m sorry for that”.

Gua gelak je dengar jawapan pegawai tu. “They have their reason”.

Tu je gua cakap.

Tak lama kemudian, datang 2 orang beruniform biru muda, sorang lelaki & sorang perempuan. Gua kira 2 orang ni adalah pegawai atasan Imigration.

Bersambung...
Post a Comment